Kuatnya Kelentong....Jangan Bazirkan Duit Rakyat Untuk Rawatan Anwar

Adakah banduan yang bernama Anwar Ibrahim berhak membuat bermacam-macam tuntutan rawatan yang tidak munasabah? Lupakah Anwar yang beliau kini berada dalam penjara? Adakah beliau anggap yang rakyat telah lupa tentang pembohongan keracunan arsenik dan suntikan HIV?

Baru-baru ini keluarga Anwar dengan menggunakan portal pro pembangkang membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap kerajaan Malaysia berkenaan rawatan Anwar Ibrahim. Mereka juga bertindak diluar batasan dengan membuat tuntutan rawatan dengan pakar tertentu dan bermacam-macam lagi.

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama Anwar Ibrahim dipenjarakan. Sebelum ini, rakyat dapat melihat bermacam-macam pembohongan penyakit yang tidak masuk akal Anwar Ibrahim namun tetap dilayan oleh pihak kerajaan. Dari pembohongan sakit tulang belakang, keracunan arsenik, HIV dan bermacam-macam lagi semuanya sudah digunakan oleh Anwar Ibrahim.

Banyak duit rakyat telah dibazirkan dalam melayan pembohongan penyakit Anwar Ibrahim. Oleh itu sudah sampai masanya kerajaan berhenti melayan tuntutan mengarut dari Anwar dan keluarganya. Lebih baik duit tersebut digunakan untuk merawat rakyat Malaysia yang lebih memerlukan.

Nurul Izzah menuntut agar Datuk Dr S. Jeyaindran digugurkan sebagai ketua panel yang merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan beliau pernah menjadi saksi menentang bekas ketua pembangkang itu dalam kes Liwat 2. Pihak keluarga Anwar tidak yakin dengan timbalan ketua pengarah Kementerian Kesihatan itu. Tahukah Nurul Izzah bahawa rakyat Malaysia juga tidak yakin dengan penyakit Anwar Ibrahim selepas beliau banyak kali menipu rakyat Malaysia?

Sementara itu, Kementerian Kesihatan menyangkal laporan beberapa portal berita yang mendakwa tiada rawatan imejan resonans magnetik (MRI) diberikan kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau ditahan di penjara Sungai Buloh.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua MRI dilakukan ke atas Anwar, pada 2 Jun dan 24 Ogos, dengan laporannya disediakan pakar perunding radiologi Hospital Kuala Lumpur. Salinan laporan dan CD imej itu telah diserahkan kepada keluarga Anwar pada 14 Julai dan 21 Sept, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahan pula, panel pakar yang merawat Anwar terdiri daripada 17 perunding klinikal dari lapan bidang perubatan termasuk surgeri ortopedik dan radiologi otot dan tulang. Pendapat kedua mengenai kecederaan bahu kronik dialami Anwar juga telah diberikan menerusi penyertaan empat perunding ortopedik dari luar di dalam panel pakar.

Seorang perunding ortopedik artroskopi dan pakar bedah sukan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya dibenarkan oleh pihak berkuasa penjara untuk memeriksa Anwar seperti diminta oleh keluarganya untuk memberikan “pendapat kedua”.

Semua keputusan berkaitan rawatan Anwar dibuat berdasarkan cadangan panel perunding dan tiada seorang pun daripada anggota panel itu membuat keputusan secara bersendirian. Begitu banyak duit rakyat digunakan untuk memenuhi kehendak Anwar dan keluarganya.

Apa lagi yang mereka mahukan sebenarnya. Tidak cukupkah mereka menyusahkan kerajaan Malaysia dan menghabiskan duit rakyat selama ini?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana