KES CULIK: ABANG NIZAM PEMANDU TEKSI TURUT DITAHAN POLIS, WANG TEBUSAN RM300K DIRAMPAS

SHAH ALAM, 10 Okt: 4 Lelaki ditahan berikutan insiden penculikan kanak-kanak lima tahun di Kajang, semalam.

Keempat-empat mereka, termasuk seorang pemandu teksi yang membawa pulang kanak-kanak itu kepada keluarganya, ditahan kurang dari 24 jam selepas penculikan berlaku.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata polis juga berjaya merampas kembali wang tebusan bernilai RM300,000 yang dibayar.

Abdul Samah Mat turut berkata salah seorang empat suspek tersebut adalah warganegara Indonesia.

“Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. Tangkapan pertama yang melibatkan dua orang dibuat pada lebih kurang pukul 10.10 malam semalam di hadapan sebuah pasaraya di sini.

“Kedua suspek berada dalam sebuah kereta dan pihak polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM30,000 yang ditemui di bawah tempat duduk.

“Tangkapan kedua pula dilakukan pada jam 12:15 pagi ini di Kajang Raya melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun di mana polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM1,050 dari dalam beg duit milik suspek.

“Pihak polis juga berjaya merampas wang tunai berjumlah RM60,500 dari motosikal yang terletak di rumah lelaki tersebut,” katanya semasa satu sidang media di IPK Selangor, pagi ini.

Kata Abdul Samah juga, sejumlah wang RM200,000 ditemui di Plaza Indah Sungai Kajang dan sebuah beg berwarna ungu turut dirampas oleh polis. Beg terbabit dipercayai digunakan oleh bapa mangsa untuk mengisi wang tebusan di Pusat Perindustrian Sungai Chua.

Suspek keempat ditahan di kawasan Perindustrian Bukit Angkat Kajang dan sebuah kereta turut dirampas dalam penahanan itu.

“Sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna gelap dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang digunakan semasa kejadian telah dirampas.

“Antara barangan yang turut dirampas termasuk sebuah teksi, wang tebusan RM291, 550, satu motosikal dan empat telefon bimbit,” katanya.

Abdul Samah juga berkata tiga suspek telah mengaku bersalah manakala seorang mengaku tidak bersalah.

“Suspek dijanjikan upah sebanyak RM10,000 bagi menjalankan perniagaan dan selepas bapa mangsa membayar wang tebusan terbabit kedua-dua suspek mendapat bayaran RM20,000 masing-masing,” katanya.

Tambahnya lagi, punca kejadian ialah selepas suspek mempunyai masalah kewangan.

Kanak-kanak itu selamat pulang ke pangkuan keluarga selepas selama 8 jam kes penculikannya menjadi viral di media sosial dan Whatsapp.

Dalam kejadian tersebut, kanak-kanak itu diculik di hadapan ibunya sendiri di luar sebuah tadika

Abdul Samah berkata dalam kejadian 9.26 pagi semalam, kanak-kanak lelaki berkenaan diculik tiga lelaki warga tempatan menaiki sebuah Proton Saga ketika mangsa dihantar ibunya ke sebuah prasekolah di Sungai Chua, Kajang.
 
"Suspek dipercayai memberhentikan kereta di hadapan kenderaan ibu mangsa kononnya ingin bertanya soalan namun ketika berbual, seorang lagi suspek meluru keluar lalu menarik kanak-kanak itu ke dalam kereta dan terus memecut laju," katanya.
 
Menurutnya, dalang kes penculikan itu tinggal dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer dari rumah keluarga mangsa dan dipercayai mengenali bapa  kanak-kanak itu atas urusan perniagaan.
 
Tambah beliau, motif sebenar penculikan masih disiasat namun tidak menolak kemungkinan suspek utama, yang menjalankan perniagaan percetakan di Plaza Indah,  Taman Sepakat Indah, Kajang melakukan perbuatan itu akibat masalah kewangan.
 
Abdul Samah berkata, setakat ini polis menemui semula wang tebusan itu sebanyak RM291,550 namun kehilangan bakinya sejumlah RM8,450 sedang disiasat.
 
Ketika ditanya hubungan kesemua suspek dan sama ada mereka diupah oleh dalang berkenaan, Abdul Samah berkata polis sedang menyiasat lebih lanjut berhubung perkara itu.
 
Katanya kanak-kanak berkenaan kini berada dalam keadaan sihat walaupun terdapat sedikit kesan lebam di tangan dan badan.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
 
Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui semula lapan jam selepas dipercayai diculik oleh dua lelaki di Taman Setia, Sungai Chua, Kajang, pagi semalam.
 
Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat dan dihantar pulang oleh seorang pemandu teksi ke rumahnya. - Bernamadi Sungai Chua, Kajang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana