Jangan Cabar Kuasa Polis Atau KDN - Nur Jazlan

KUALA LUMPUR: Jangan cabar kuasa polis atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia hanya merugikan negara, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Majoriti rakyat tidak perlu takut pada suara minoriti kerana polis akan mengambil tindakan yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Bahrom yang dikenali sebagai Ali Tinju semalam bahawa Melaka Raya tidak selamat pada perhimpunan Gerak Merah yang dirancang Sabtu ini.

Nur Jazlan berkata, perhimpunan tersebut boleh dianggap sebagai perhimpunan haram kerana ia dibuat di tempat yang tidak dibenarkan oleh pihak polis.

"Sekiranya perhimpunan tersebut diadakan ditempat yang dibenarkan oleh pihak polis pun, mengikut Akta Perhimpuan Aman 2012 ia perlu terlebih dahulu mendapat keizinan daripada pihak berkuasa tempatan," katanya.

Katanya KDN memadang serius akan perkara itu kerana ia boleh mengeruhkan perpaduan di negara ini.

Megulas mengenai perhimpunan Baju Merah yang dirancang di Kajang pada 18 Oktober ini, Nur Jazlan berkata perhimpuan sedemikian tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada negara dan pihak polis akan bertindak tegas menanganinya.-- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana