JAIP ‘Silap’, DAP Itulah ‘Pejuang Islam’ Sebenarnya…

Sebenarnya, penulis ‘kecewa’ sangat dengan Jabatan Agama Islam Pahang dan khutbah Aidiladha yang menyeru umat Islam di Malaysia supaya kembali bersatu setelah dipecah-belahkan dengan ketaksuban pada fahaman politik masing-masing.

Lebih ‘menghiris perasaan’ penulis ialah apabila menuduh perjuangan DAP adalah bertentangan dengan perjuangan syiar Islam. Amat ‘salah’ tuduhan tersebut. Amat ‘salah’ dan tidak sewajarnya perkara begitu diberitahu kepada umat Islam untuk menyedarkan mereka.

Pada pandangan penulis, umat Islam ‘tidak’ perlu bersatu pun. Sepatutnya mereka perlu kekal berpecah-belah dek kerana fahaman politik masing-masing. UMNO perlu kekal UMNO dan ‘tidak’ perlu bersatu dengan PAS dalam membentuk saf satu barisan.

Mengekalkan status pecah-belah ummah, maka barulah mudah untuk DAP dan Pakatan Harapan ‘bulan bintang’ menjajah negara kita ini. Setelah mereka berjaya menguasai Putrajaya, barulah kita anjurkan umat Islam bersatu kembali. Itu pun kalau nak bersatulah…

Untuk pengetahuan umum, DAP sememangnya ‘memperjuangkan’ agama Islam di Malaysia. Mereka sejak dari awal merdeka lagi sudah berjuang ‘mendaulatkan’ syiar agama Allah di negara kita. Sebab itulah Islam sangat ‘berkembang’ di Singapura, negara yang dikuasai ‘abang’ mereka, PAP.

DAP sebenarnya sangat ‘setuju dan menyokong penuh’ perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Jika dirujuk dalam perlembagaan mereka, jika tidak salah penulis, parti itu bukan saja ‘mahu’ hudud dilaksanakan di Kelantan, malah turut ‘mahu’ ia dilaksanakan di peringkat Pusat.

Sebenarnya, yang mengusulkan hudud di Kelantan ialah ‘DAP’, bukan ‘PAS’. Malah DAP jugalah yang ‘meneliti, berbincang dan bermuzakarah’ tentang hudud di peringkat pusat selama ini. PAS dan UMNO tahu ‘bantah’ dan ‘bangkang’ hudud sahaja.

Sekiranya dilihat di dalam DAP, ternyata parti itu dipimpin oleh mereka yang ‘cintakan’ Islam. Kerana itulah di Pulau Pinang dulu ketika mana parti itu menjajah negeri tersebut, ia dipimpin oleh seorang ‘khalifah’ bertaraf 7 bintang yang digelar ‘Umar Abdul Aziz’. Hebat bukan?

Malah, semua wanita Melayu yang menyertai DAP ‘diwajibkan menutup aurat’. ‘Tidak ada’ pun yang berani mengenakan skirt pendek mahupun mendedahkan tubuh yang seksi. Sebaliknya, mereka selesa mengenakan ‘tudung labuh’ dan ada pula yang ‘berpurdah’!

Perlu juga diberi perhatian di Pulau Pinang, setiap kali tiba hari-hari kebesaran Islam, ia akan ‘disambut meriah’ dengan diketuai oleh ‘khalifah’, menandakan betapa DAP sangat ‘memuliakan’ Islam dan ‘menegakkan’ syiar Allah di sana.

Penulis rasa, ‘tidak ada’ satu pun dasar dan perjuangan DAP yang bertentangan dengan Islam. Dasar dan perjuangan Islam mereka lebih ‘syumul’ berbanding UMNO dan PAS. Mungkinkah JAIP ‘tersilap’ tulis teks khutbah Aidiladha itu?

Justeru itu penulis harap agar JAIP menulis semula teks khutbah yang baru untuk dibacakan di masjid-masjid di sekitar Pahang di mana tajuknya mestilah berbunyi ‘DAP merupakan parti yang memperjuang Islam sebenar di Malaysia’. Penulis yakin, A Samad Said akan sambut dengan laungan ‘takbirrrr’..!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana