Derita Sekolah Rendah Islam di bawah Kerajaan DAP Pulau Pinang...Anda Fikir fikirkan Jika DAP Menguasai Malaysia?

KUALA LUMPUR 6 Okt - Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) melahirkan kekecewaan apabila turut menerima kesan apabila dinafikan bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menurut Pengerusi Ahli Lembaga Tadbir Norazman Ishak, SRIBU yang beroperasi sejak tahun 2005 telah berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) adalah sebagai sebuah SAR di negeri Pulau Pinang.

SRIBU ditubuhkan atas dasar tanggungjawab untuk menawarkan sistem pendidikan yang seimbang antara aliran agama dan akademik dengan intergrasi silibus Dinniyah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Katanya, mereka beroperasi sepenuhnya dengan bergantung kepada yuran pengajian yang rendah dan sumbangan masyarakat.

"Dengan sumber yang terhad ini, SRIBU amat memerlukan sumbangan dari kerajaan dan pihak SRIBU berpandangan permintaan ini bukanlah suatu yang melampau kerana SRIBU telah menyediakan peluang pendidikan untuk rakyat Pulau Pinang dan juga luar Pulau Pinang," katanya memetik laporan Harakahdaily.

SRIBU menjadi pilihan dan tumpuan masyarakat di Pulau Pinang dari pelbagai latar belakang dan sebahagian besar mereka adalah dari golongan yang  berpendapatan rendah dan sederhana.

"Maka penarikan bantuan SAR dari Kerajaan Negeri kepada SRIBU yang diterima sejak tahun 2008 ini adalah suatu yang amat mendukacitakan," katanya.

Beliau menyambut baik kenyataan Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Malek Abu Kassim bahawa keutamaan bantuan SAR adalah kepada sekolah yang dhaif.

Bagaimanapun beliau meminta agar pihak Exco untuk melihat sendiri keadaan sekolahnya yang juga mempunyai kekurangan seperti sekolah-sekolah yang menerima bantuan ini.

"Pihak SRIBU berharap agar tiada campur tangan politik dalam isu ini yang cuba menganiaya pihak SRIBU, para pelajar dan waris kerana masyarakat yang menyokong dan menghantar anak ke sekolah ini adalah mereka yang terdiri daripada pelbagai fahaman politik termasuk PKR, PAN, UMNO dan mungkin juga DAP, serta pengundi atas pagar," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana