Dengki Yang Ada Pada Melayu....Sanusi tak perlu londeh seluar Melayu, kata Noor Azmi

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali menyelar kenyataan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid yang didakwa merendahkan martabat bangsa Melayu.

"Kenapa perlu nak ‘londeh seluar’ depan orang ramai? Itu saya memang tak setuju. Macam mana nak terapkan perpaduan bila .... lihat pada kelemahan yang ada pada bangsa kita sahaja?

"Kita sekarang ini sibuk nak rapatkan hubungan di antara kaum, tapi dia (Sanusi) pergi kata orang Melayu sanggup jual maruah pula", katanya.

Ujar Noor Azmi lagi, kenyataan yang dibuat oleh Sanusi  boleh menjejaskan persepsi kaum lain terhadap kaum Melayu.

Beliau berkata tuduhan Sanusi itu hanya menjadikan "orang Melayu jadi naik marah dengan apa yang dikatakan, (dan) bangsa lain pula semakin intim dalam mengetahui kelemahan sebenar bangsa Melayu".

Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Sanusi dalam sebuah program Bicara Minda dan Sesi Dialog bersamanya bertajuk “Perpaduan: Mengapa kita masih keliru”, anjuran Sinar Harian, Selasa lalu.

Dalam program berkenaan, beliau dilaporkan berkata kaum Melayu kini sudah tidak mengendahkan maruah mereka sendiri, malah ada yang sanggup menjual maruah mereka.

Jelasnya lagi, Melayu juga tidak seharusnya menyalahkan mana-mana pihak dengan keadaan yang dihadapi mereka sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana