Ceritera ‘Pakatan Expired’ Dan Nombor

Semua sudah ketahui sebentar tadi, telah berlangsung satu sidang media diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama lima orang yang lain yang semuanya mempunyai sejarah sendiri berkaitan kerajaan dan parti UMNO.

Agak menarik jika keenam-enam watak itu dinomborkan dalam turutan tempat duduk mereka dalam sidang media tadi yang diadakan di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kita nomborkan dia sebagai “1”, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin nombor “2”, Dr Mahathir nombor “3”, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah nombor “4”, Tan Sri Sanusi Junid nombor “5” dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat nombor “6”.

Ada pihak nakal yang melabelkan mereka sebagai Enam Jahanam berdasarkan filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang mengisahkan berkenaan enam watak jahat dalam filem berkenaan.

Tutup cerita Enam Jahanam, ada juga yang mengatakan pakatan ini “Pakatan Expired”.

Kalau ikutkan nombor itu, masih ingatkah kita apabila nombor “3” dan “4” pernah bercakaran di dalam UMNO sehingga adanya pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO sampai UMNO diharamkan dan diwujudkan UMNO baru.

Pada masa itu, bangsa Melayu berpecah dan wujudlah Semangat 46 selepas nombor “4” Tengku Razaleigh tewas dalam pemilihan itu.

Nombor “2” dan “3” pula pernah berpakat dan bersekongkol sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ketika itu, nombor “3” yang kuat menyokong supaya Abdullah digantikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri pada ketika ini. Kini, nombor watak yang sama lantang untuk menjatuhkan pula Najib.

Watak nombor “3” kini kata nombor “2” yang layak gantikan Najib. Siapa yang boleh bagi jaminan, andai kata nombor “2” dilantik menjadi Perdana Menteri, nombor “3” tidak akan melancarkan gerakan untuk menjatuhkannya pula jika tidak memenuhi selera nombor “3”.
Hampir kesemua watak berkenaan, ada nombor “3” memainkan peranan. Kepincangan dalam UMNO juga banyak disebabkan oleh nombor “3”. Paling dahsyat apabila bekas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Entah apa kemahuan watak nombor “3” tidak diketahui kerana negara sudah mencapai banyak kemajuan sejak diterajui Najib sebagai Perdana Menteri.

– PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana