Bo Su-Lyn Dan Editor The Malay Mail Harus Didakwa Di Bawah Akta Hasutan

Sungguh kurang ajar wartawan ini bersama editor akhbar The Mail Mail bertindak mengeluarkan satu artikel bersifat mengahsut supaya Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan. Perkara 11(4) menghadkan penyebaran agama lain di kalangan umat Islam. Ia menyatakan: "... undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan Agama di kalangan orang yang menganuti Agama Islam."

Lebih kurang ajar apabila beliau mengemukakan pendapat peribadi yang berbunyi, "Get rid of Islamic laws and Islamic government departments. Let Muslims live their lives according to how they personally see fit. (Hapuskan undang-undang Islam dan Jabatan Agama Islam. Biarkan umat Islam menjalani kehidupan mereka mengikut cara mereka sendiri suka."). Nampak gayanya cina-cina DAP semakin lantang bermain isu perkauman dan keagamaan.

Bila seseorang Melayu Islam mempertahankan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan, mereka dianggap rasis. Kenapakah wartawan wanita ini dibiarkan bebas menghasut? Bukankah ini boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan hak orang-orang Islam yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan?

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL