Amboiiii.....Jangan pertikai penubuhan Pakatan Harapan: Phahrolrazi

SHAH ALAM: Meskipun ia isu dalaman PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) berharap penubuhan Pakatan Harapan pada 22 September lalu tidak dipertikaikan oleh sebahagian ahli parti itu.

Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata demikian ketika mengulas mesyuarat tergempar yang akan diadakan PKR pada Ahad ini selepas sekumpulan pro-PAS mempersoal penubuhan gabungan baru parti pembangkang itu dilakukan secara tergesa-gesa.

"Itu hal dalaman dan kita tidak mahu campur urusan dalam PKR. Sedangkan pada minggu lalu ia (Pakatan Harapan) sudah diisytiharkan dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail setuju dengan pelancarannya," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dipetik sebagai berkata mesyuarat pada 11 Oktober depan diadakan selepas 25 ahli parti menandatangani petisyen yang dipercayai mempersoalkan masa pengumuman penubuhan Pakatan Harapan itu.

Pendokong petisyen itu mahu penubuhan Pakatan Harapan ditangguhkan supaya perbincangan lanjut dengan PAS dapat diadakan terlebih dahulu.

Sementara itu Phahrolrazi menyatakan harapannya yang tinggi tentang masa depan Pakatan Harapan dalam membawa strategi politik parti-parti pembangkang.

"Saya meletakkan harapan yang cukup positif kepada Pakatan Harapan sebab Pakatan Rakyat sudah tidak wujud. Malah parti-parti pembangkang pada dasarnya bersetuju dengan keperluan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan.

"Yang jadi perbezaan di dalam PKR itu mungkin (persoalan) apakah ia perlu dilakukan sekarang atau perlu menunggu PAS? Namun sebulat suara mengatakan Pakatan Harapan perlu diwujudkan.

"Kita nak jadi lebih baik dari Pakatan Rakyat. Kita juga nak wujudkan Pakatan Harapan sebagai satu struktur dan didaftarkan sebagai satu pertubuhan gabungan yang mana Pakatan Rakyat dahulu sebagai satu persefahaman sahaja," tegasnya.

Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah yang ditubuhkan oleh serpihan PAS.

Penubuhan Pakatan Harapan diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 22 September selepas mesyuarat meja bulat terdiri tiga parti pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan politik.

PAS menolak bekerjasama dengan DAP dan Amanah selepas tercetus pertelingkahan di antaranya dengan DAP.

Bagaimanapun, PAS mengekalkan perhubungannya dengan PKR, terutama dalam kerajaan pakatan di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana