Penganjur Bersih4 mula disiasat di Bukit Aman esok,Rabu

Seperti kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berani buat berani tanggong.
Esok,Rabu bos besar penganjur Bersih 4,Maria Chin Abdullah dan enam orang kuatnya diminta tampil di Bukit Aman untuk siasatan kes himpunan haram selama 34 jam itu.

Seorang jurucakap penganjur perhimpunan itu kata polis telah hubungi mereka pagi ini agar tampil di Bukit Aman esok.

Mereka akan disiasat dibawah Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyembunyikan rancangan melakukan suatu kesalahan, cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan perhimpunan haram.

Dibawah Seskyen 124 C yang berkait aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen seseorang yang didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Selain Maria enam yang lain ialah Sarajun Hoda Abdul Hassan,Masjaliza Hamzah,  Farhana Abdul Halim,Fadiah Nadwa Fikri, Mandeep Singh dan Adam Adli Abdul Halim.

Polis tidak membuat sebarang tangkapan semasa perhimpunan haram yang bermula dari petang Sabtu hingga lewat Ahad malam.

Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata tindakan tegas mengikut semua perundangan yang ada akan diambil keatas mereka.

Katanya tiada tangkapan semasa perhimpunan itu tidak bermaksud polis tidak akan ambil tindakan keatas mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana