Pemuda Umno gesa pesalah insiden pijak gambar Najib, Hadi dibawa ke muka pengadilan

SHAH ALAM: Menteri Dalam Negeri digesa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja mencetuskan provokasi dengan memijak gambar dua pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika perhimpunan haram Bersih 4.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan segelintir pihak terbabit perlu diberi pengajaran kerana cuba menyemai unsur kebencian di kalangan rakyat.

Malah tambahnya, pihak berkuasa perlu menggunakan apa saja bukti yang ada termasuk rakaman video dan gambar bagi mengheret pesalah terbabit ke muka pengadilan.

"Gunakan segala teknologi seperti rakaman video, gambar dan sebagainya untuk membawa mereka yang berkenaan ke muka pengadilan.

"Sudah tiba masanya untuk bertindak ke atas segelintir mereka yang cuba menyemai unsur kebencian dalam kalangan rakyat.

"Sememangnya insiden memijak gambar pemimpin dan mengeluarkan kata-kata kesat bukan satu amalan demokrasi yang matang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tindakan sedemikian jika dibiarkan kata Khairul, bakal memberi gambaran yang tidak benar kepada rakyat khususnya berkaitan hubungan kaum di Malaysia.

Malah, Khairul menjelaskan, tindakan segelintir mereka yang melaungkan kata-kata kesat serta memijak gambar Najib serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah memberi mesej bahawa para peserta secara keseluruhannya telah menolak kepimpinan dua parti politik Melayu terbesar di negara ini.

"Pemuda UMNO kecewa dengan kegagalan penganjur Bersih 4 untuk memastikan para peserta perhimpunan haram itu menjaga disiplin dengan baik, hingga sesetengah daripada mereka tanpa segan silu menimbulkan provokasi melampau.

"Jelas sekali, budaya asing yang tanpa segan-silu mengkritik individu atau pemimpin secara terbuka di tempat awam sudah diangkat sebagai pesta memaki-hamun pimpinan negara dalam perhimpunan haram di ibu kota hujung minggu lalu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana