Pemuda Umno Desak Alvin Tan Diekstradisi Ke Malaysia...Biadap Dan Keterlaluan Sekali

PUTRAJAYA: Pemuda UMNO pada Jumaat menyerahkan memorandum menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempercepatkan usaha mengekstradisi Alvin Tan ke Malaysia bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas blogger kontroversi itu berhubung penghinaan kepada agama Islam.

Memorandum itu disampaikan Exco Pemuda UMNO Mohd Rafiq Naizamohideen yang juga Presiden Pemikir Muda Malaysia dan diterima Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri Rizmel Nazrin Abdul Malik.

Mohd Rafiq berkata Tan, yang dipercayai berada di Amerika Syarikat, dilihat semakin bebas dan biadap mempersendakan agama dan sensitiviti umat Islam selepas tiada tindakan dikenakan kepadanya walaupun puluhan laporan polis telah dibuat terhadapnya.

"Kita mahu kerajaan melalui KDN dapat mengambil sebarang langkah melalui saluran perundangan agar Alvin dapat diekstradisi segera untuk diadili oleh undang-undang negara atas tindakannya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Kementerian Dalam Negeri di sini, Jumaat.

Selepas mencetuskan pelbagai kontroversi seperti menghina Nabi Muhammad SAW dengan bermacam gelaran, mengajak umat Islam berbuka puasa dengan Sup Tulang Babi atau Bak Kut Teh di Facebook, Tan sekali menggemparkan masyarakat Islam negara ini apabila memuat naik gambarnya dengan tatu tulisan Allah di bahagian bawah pahanya.

Mohd Rafiq berkata sekiranya proses mengekstradisi Tan tidak dapat dilakukan melalui proses perundangan, beliau yang mewakili UMNO, NGO dan seluruh masyarakat Islam di negara ini mahu kerajaan menggugurkan status kerakyatan blogger itu.

Memorandum sama akan turut diserahkan kepada Kementerian Luar bagi tindakan lanjut, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana