Nik Abduh : 'GHB ini Jin atau Manusia?'

KUALA LUMPUR 3 Sept - PAS tidak lagi menerima sebarang kerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) atas faktor perjuangan kumpulan serpihan parti itu yang masih tidak jelas.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz berkata, PAS juga tidak mengiktiraf GHB yang bersikap memecahbelahkan jemaah Islam di negara ini.

"GHB masih lagi satu masalah dan isu dalaman PAS.

"PAS tidak memberi sebarang pengiktirafan pada GHB, kerana masih tidak jelas sama ada ia jin atau manusia.

"Sehinggalah ia jelas dan rasmi, barulah PAS boleh membuat polisi terhadap mereka.

"Apabila mereka wujud secara rasmi, insya-Allah hubungannya ada. Macam mana hubungan itu, diteliti kemudian nanti.

"Sekarang tidak boleh lagi sebab tidak tahu lagi mereka ini mamalia atau amfibia," katanya memetik laporan Harakahdaily dalam ucapannya dalam Wacana Merdeka "Selamatkan Malaysia" di Shah Alam.

Akan tetapi, anak bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu tiada menghadapi sebarang masalah jika diadakan sebarang pertemuan atas kapasiti individu dan mewakili parti.

"Kalau mereka buat kumpulan tidak rasmi, kemudian ajak kumpulan PAS, itu tidak kena. Kerana PAS adalah institusi parti politik yang sah, sedangkan GHB bukan NGO mahupun parti politik," katanya.

Penubuhan GHB sejurus berakhirnya Muktamar PAS ke-61 telah mengakibatkan beberapa PAS Kawasan dibubarkan.

GHB turut melancarkan Parti Amanah Negara sebagai wadah perjuangan baru bagi menggantikan peranan PAS di dalam Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Nik Abduh turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan beberapa pimpinan dan ahli PAS menyertai GHB.

"Sudah pasti ini adalah berita sedih, pun begitu terpaksa ditanggung demi menjaga parti yang kita yakini bahawa ia disediakan Allah di Malaysia ini untuk menjaga ummah daripada tersasar daripada jalan lurus," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana