Bai’ah: Tuhan Pun Mereka Nak Tipu...Biarlah Puak Sekutu DAP Ni

KEENGGANAN bekas wakil rakyat PAS melaksanakan janji setelah dengan sengaja melanggar sumpah bai’ah yang dilafazkan sebelum PRU13 dulu apabila menyertai parti lain, menunjukkan bahawa agama bagi puak-puak ini adalah satu perkara yang boleh dipermainkan.

Ada yang janji akan cerai isteri talak tiga kalau keluar PAS setelah menang, ada yang janji nak kosong kerusi dan sebagainya tapi satu pun tidak berbuat, mereka keluar begitu saja dengan tidak ada rasa bersalah sama sekali kerana mengkhianati parti yang bagi mereka peluang bertanding dan menang untuk menyerah jiwa kepada DAP.

Malah ada yang sebelum ini dipandang berilmu tinggi dalam PAS pun seperti Ahmad Awang, dilihat seolah-olah mempermainkan sumpah itu dengan berkata ia tidak terpakai kerana sumpah itu dibuat untuk Pakatan Rakyat, bukan PAS.

Pandangan pulak (kenapa tak laksanakan bai’ah) macam-macam, apa pun ia yang nyata, semuanya ikut kesuaian sendiri.  Mat Sabu lagi best, cuci tangan awal-awal, suruh rujuk ulama muktabar dan cari pandangan yang paling ringan.

Nampak tu, tuhan pun dia nak tipu.  Ambik contoh pandangan Ahmad Awang mana ada Pakatan Rakyat, itu hanya nama, tidak didaftarkan, nak berbai’ah apa kepada benda yang tidak wujud?

Penulis bagaimana pun meletakkan semua kesalahan ini kepada penyokong-penyokong PAS.  Wujud orang-orang macam kamu semualah sehingga membenarkan perkara seperti ini berlaku – agama dipermainkan, manusia diperbodohkan, semuanya kerana politik yang tak tahu dimana penghujung.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana