Apa cerita di Selangor...bila Mat Sabu dan geng 'enter frame'

Negeri-negeri lain mungkin tidak begitu ada kesan.Namun tentu ramai kini sedang teropong untuk intai apa gelombang yang mungkin timbul di Selangor ekoran pengumuman Gerakan Harapan Baru (GHB) rasmi bergerak sebagai parti politik mengunakan Parti Pekerja Malaysia (PPM).
Di Selangor kedudukan kerusi ialah 15 PAS,15 DAP,13 PKR,12 BN dan 1 Bebas.

Semua orang tahu DAP dan PKR sudah set untuk berpeluk erat dengan Mat Sabu dan geng pimpinan PAS yang kalah dalam satu pakatan baru setelah Pakatan Rakyat berkubur bila PAS-DAP 'bercerai' baru-baru ini.

Seperti diumum oleh Mat Sabu Isnin,PPM yang kini menjadi platform sementara akan diubah nama jadi Parti Amanah Negara (PAN) dan semua mereka yang menyertainya bukan lagi ahli PAS.

Maka dengan ini garis sempadan medan perang antara PAS dengan bekas pemimpin kalah yang kini bernaung dibawah GHB sudah jelas.

Tidak timbul lagi isu geng GHB main dua kolam yakni satu kaki dalam NGO itu dan satu lagi kaki dalam PAS.

Di atas kertas senario setakat ini nampak macam kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali tidak tergugat dengan pengumuman geng GHB rasmi jadi parti politik pakai PPM.

Ini kerana dari 15 Ahli Dewan Undangan PAS di negeri itu dua dari mereka Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) diketahui umum geng GHB.

Malah nama kedua-dua mereka tersenarai dalam Ahli Jawatankuasa pro-tem PPM.

Ketiadaan mereka berdua menjadikan kerusi DUN PAS Selangor cuma 13.

DAP 15 campur PKR 13 dan 2 PPM = 30.

Sebaliknya PAS 13 campur 12 BN dan 1 Bebas ( Tan Sri Khalid Ibrahim ) = 26.

Sekalipun boleh terus memerintah kerajaan Azmin jelas agak tempang hilang majoriti dua pertiga dengan hanya beza dua kerusi.

Apa yang menjadi tandatanya sekarang ialah kedudukan tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor sekarang.Mereka ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Bila mereka akan kemas pejabat untuk angkat kaki.

Apakah PAS dan pakatan baru DAP-PKR dan PPM boleh teruskan kesepakatan untuk kekalkan struktur pentabiran yang ada sekarang hingga pilihanraya umum ke 14.

Ramai yang meraguinya melihat ' tembak menembak' sakan antara PAS dengan geng GHB kebelakangan ini sekalipun dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku.

Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang secara terbuka minta Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang lompat yakni geng GHB agar kosongkan kerusi masing-masing selari dengan Bai'ah mereka sebelum bertanding dulu.

Sebaliknya Mat Sabu dan gengnya pukul balik PAS kata mereka tidak akan kosongkan kerusi.

Bukan setakat itu malah mereka cabar Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang kosongkan kerusi kerana dakwa kerusi mereka dimenangi atas platform Pakatan Rakyat.

Lagipun jika kosongkan kerusi mereka akan terikat kepada peraturan Suruhanjaya Pilihanraya tidak boleh bertanding pilihanraya untuk tempoh lima tahun selepas itu.

Ini bermakna jika mereka kosongkan kerusi semua tidak boleh bertanding dalam pilihanraya umum ke 14 yang wajib diadakan dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

Tidak kurang menarik untuk diperhatikan ialah gerak langkah Azmin dicelah kemelut politik ini.

Mahu tidak mahu beliau tentu merasa terhutang budi pada PAS.

Ketegasan Haji Hadi yang menolak Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon Menteri Besar yang disokong PKR dan DAP semasa krisis Langkah Kajang dulu yang membolehkan Azmin tiba-tiba dinobatkan ke jawatan itu.

Senang cakap Azmin tidak akan merasa kerusi jika tidak kerana PAS.

Namun dalam politik mana ada kawan atau musuh yang kekal.

Maka Haji Hadi dan PAS tidak perlulah sangat mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana