Anak TPM Zahid bikin gegar di facebook...hentam Bersih4 dan cerita pengalaman sendiri

Ada yang kata dia boleh jadi ikon baru.Ini bukan kerana Nurulhidayah Ahmad Zahid anak kepada Timbalan Perdana Menteri.Hebatnya ialah dia lantang dan cukup terbuka.
Kalau baca tulisan di facebooknya atas tajuk 'My mind just can't stop speak up. Here it goes..' kita dapat merasai pasti ramai yang akan ikuti perkembangannya dari hari ke hari.

Terbaru yang hangat di internet ialah tulisannya membelasah puak yang menyertai Bersih 4.

Nurulhidayah,berusia 36 ada latar belakang dan pengalaman sendiri yang melayakan dia boleh 'cakap banyak'.Dia pernah merasai bagaimana bapanya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa di bawah pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zahid ditahan ketika berada di Sabah.Dua minggu beliau duduk dalam.

Waktu itu juga reformasi membara ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia juga menyertai Askar Wataniah dan melalui latihan lasak sebagai askar seperti orang lain.

BERIKUT IALAH TULISAN NURULHIDAYAH MENGENAI BERSIH 4 DI LAMAN FACEBOOKNYA AHAD :

Nak sangat pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan. Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa.

Nie takat uniform kuning bangga dapat masuk TV, masuk paper.. apa ke jadahnya?

Don't make me speak Malay language because I will speak the language that made u really understand.

Berani sangat la tu konon nak bangkang macam tu? Aku pernah merasa zaman 1998 macam korang. Betapa BODOH nya aku ketika itu sbb berkumpul nak seronok2.

Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu dulu. Tapi zaman skrg dah tak releven babe kat atas jalan ni!

Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara. Malas la nak cakap. Pendapat aku - ITU KERJA SIA2. Dalam bahasa mudah faham - KERJA BODOH!

BERIKUT PULA TULISANNYA MENGENAI PENGALAMAN SEMASA BAPANYA DITAHAN ISA

My mind just can't stop speak up. Here it goes..

Sejak tahun 1998, sy tak pernah bersuara waima menjadikan penangkapan Zahid Hamidi sebagai satu isu utk sy berhenti berjuang.

Mungkin ada dikalangan kalian yang terlupa Zahid Hamidi ditangkap tanpa dibicarakan. ISA.

Walaupun 2 minggu sy tidak pula keluar menghasut orang membenci kerajaan mahupun Tun M pd ketika itu kerana sy tahu nilai seorang pejuang seperti Zahid Hamidi itu perlu menempuh pelbagai dugaan utk beliau melangkah hingga ke tahap ini.

Sy sebagai anak pd ketika itu hanya berserah kpd Allah, dan berpura-pura kuat demi Mak n adik2. Tidak terbuka hati sy utk menyerang mana2 pihak yg menangkap Zahid Hamidi pd ketika itu sehingga beliau kehilangan semua, SEMUA jawatan.

Bersambung... (Part 1)

Kenapa sy keluar bereformasi pd ketika itu? Sikap ingin tahu kenapa perlu berkumpul sedemikian rupa utk menggulingkan kerajaan pd ketika itu sgt tinggi.

Pd ketika itu sy sedar bahawa ia satu perbuatan yg BODOH. Sy sedar sy sbg mahasiswa diperalatkan. Biarlah kebodohan itu menjadi sebahagian drp pelajaran.

Berbalik kpd perjuangan, ketika Zahid Hamidi ditangkap sy bersama Mak menulis surat kpd Tun M. Rumah kami didatangi polis utk diperiksa.

Sy kagum dgn Mak. Mak kuat. Mak tak menangis didepan kami. Tetapi suatu malam sy cari Mak, Mak lepas solat sdg mengaji, sy peluk Mak dan ketika itu mak meraung sbb Mak tak tahan rindukan Abah n kenangkan dimana Abah pd ketika itu. Kami terputus hubungan serta merta dari Abah.

Sy tidak tahu pada ketika itu erti perjuangan. Ketika itu hati mana yg tidak merasa marah? Emak sangat tabah. Ketika Abah dibawa pulang ke rumah, lembik lutut kami.

Abah pesan, "Abah nak anak2 Abah sabar. Biar Abah fikir macamana kita nak hidup.." Ya Allah tenangnya Abah. Kami menangis seperti Abah mati hidup semula.

Sy marah pada ketika itu. Sy beritahu Abah "Mahathir zalim!" Nak tahu apa Abah balas "Dia PM, dia buat kerja dia.."

Hah?! Selepas Abah takda jawatan, Abah bercucuk tanam. Abah dengan sinis berkata "Berbakti dengan tanah lebih baik. Hasil sampai anak cucu boleh rasa.."

Sy tak tahu mana Abah dapat kekuatan itu. Mak dengan nada sinis "Dah la Bang.. cukup2 lah. Mie tak nak semua ni. Kita hidup biasa2 dah la.." Abah balas "Perjuangan Abang utk bangsa, agama dan negara belum selesai.." .

Bersambung (Part 3)

Ketika Abah tiada jawatan, sebelum beliau dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara (SPNB) iaitu jawatan pertama selepas diragut segalanya, sy dan Abah bersama2 mencari jalan untuk memulakan satu perniagaan.

Sy ingat Abah membawa sy ke Pos Malaysia utk satu 'presentation'. Kami menunggu lama. Lebih dua jam.

Sy bgtau Abah "Macam ni rupanya bila Abah takda apa2. Tapi best jugak kita rasa apa org rasa" Abah bgtau "Nak jd pemimpin kita kena tahu apa org lain rasa.

Ini baru sikit Allah uji" Presentation kami gagal. Tapi apa yg sy belajar selama 2 jam menunggu adalah ketabahan Abah sebagai manusia yg diuji.

Suatu hari ada majlis yg dihadiri oleh Tun M. Sy hadir bersama Abah. Sy benci Tun M ketika itu. Abah dengan bengis memarahi sy "Masalah Tun M dengan Abah tu antara kami.

Dia ada sebab. Kak Long kena hormat dia sbb dia pemimpin dan PM kita!" (ketika itu sy tak bersalam dgn Tun M krn kekejaman beliau 'menyumbat' Abah dlm ISA).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana