Raja Bahrin kecewa dituduh 'pengkhianat'...Tahu Pun Kecewa

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad kecewa dirinya digelar 'pengkhianat' selepas dirinya dilantik menjadi pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB).

Beliau bagaimanapun masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

Raja Bahrin juga menyatakan kehairanannya mengapa beliau mendapat layanan sedemikian rupa, sedangkan individu lain yang turut menyertai GHB, tidak menerima maklum balas sepertimana dirinya.

Beliau berkata demikian selepas mengesan kain rentang bertulis 'Raja Bahrin pengkhianat' di Terengganu.

“Tindakan di Terengganu lain, tindakan di seluruh Malaysia lain.

“Kenapa saya diberi tindakan yang terlalu istimewa, saya dihukum terpilih. Adakah kerana saya yang pertama di Terengganu,” katanya.

Raja Bahrin juga kecewa dengan tindakan PAS Kuala Terengganu yang mengumumkan memutuskan hubungan dengannya pada malam menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri anjurannya.

Natijahnya semua ahli PAS dilarang hadir ke majlis jamuan hari raya itu.

“Mungkin saya disabotaj. Saya pun terkejut juga mereka (PAS kawasan) buat mesyuarat 9.30 malam dan lepas itu arahan itu 'diviralkan' serta merta malam itu juga.

“Walhal esoknya saya ada rumah terbuka hari raya, di mana semua ahli PAS (kemudiannya) dilarang hadir.

“Ini seolah-olah mahu menggagalkan majlis hari raya saya. Pukul 9.30 malam umumkan, tidak boleh tunggu ke pagi esok. Masa itu juga mahu umumkan,” katanya.

Raja Bahrin tidak menyertai pemilihan PAS 4 Jun lalu, namun dilihat cenderung kepada GHB.

Umum mengetahui GHB adalah serpihan PAS yang diasaskan oleh kumpulan G18 iaitu mereka yang kalah pada pemilihan PAS pada muktamar tahunannya kali ke-61 di Kuala Selangor.  

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL