Pas Kelantan Sedang Kenal Pasti Ahli Terlibat GHB - Ahmad

KOTA BAHARU: PAS Kelantan sedang mengenal pasti anggotanya yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang didakwa bakal ditubuhkan pada September depan oleh sebilangan pemimpin kanan parti itu yang tewas dalam pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya mempunyai 'mata dan telinga' di setiap cawangan yang akan memberi laporan kepada PAS negeri sebelum aduan rasmi dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk  tindakan lanjut.

"Kami sedang memerhati (anggota nak sertai GHB). Kalau ikut perlembagaan parti, negeri atau dewan-dewan boleh melapor kepada PAS pusat apabila ada anggotanya telah melakukan sesuatu perlanggaran akhlak dengan parti dan Jawatankuasa Tatatertib akan buat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS cawangan Kedai Mulong di sini, Jumaat malam.

Pada majlis berkenaan, kira-kira 100 anggota PAS cawangan yang diketuai Ketua PAS cawangan Kedai Mulong, Mohamad Abdullah turut melafazkan ikrar taat setia untuk terus bersama-sama dan mengukuhkan perjuangan parti.

Khamis lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik sebagai berkata PAS akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin dan anggota parti itu yang menghadiri siri jelajah anjuran Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata PAS Kelantan telah memanggil seorang Yang Dipertua PAS kawasan yang didakwa terlibat dengan gerakan tersebut pada bulan lepas.

"Kami dah panggil dan beri nasihat (kepada Yang Dipertua PAS kawasan yang terlibat) sebagai seorang sahabat perjuangan lama. (Bagaimanapun jika) kami mempunyai cukup maklumat kami akan lapor kepada PAS Pusat (untuk tindakan lanjut).

Menteri Besar Kelantan itu turut menasihatkan anggotanya untuk tidak berpaling tadah kerana tiada sebarang perubahan dasar dibuat, manakala pucuk pimpinan tertinggi juga tidak melakukan sebarang jenayah ataupun penyelewengan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana