Kenapa Melayu cenderung masuk DAP?
SHAH ALAM: "Keterujaan, tawaran, pengumpulan rahsia dan menyelamatkan masyarakat melayu."
Itu empat faktor mengapa ada masyarakat Melayu menyertai parti DAP.
Pengarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar menggariskan empat kemungkinan mengapa ada masyarakat Melayu menyertai DAP.
"Mereka yang barangkali menghasilkan satu cara menyelamatkan Melayu ialah juga dengan berada di kapal yang lain. Iaitu bergandingan dengan pihak-pihak yang lain sehingga suatu masa dahulu UMNO pun pernah nak bergabung dengan DAP.
"Jadi ianya satu peluang dan ruang pada mereka bagi memastikan kelangsungannya," katanya pada sesi soal jawab Wacana Kemerdekaan, Survival Politik Melayu Islam di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di sini, hari ini.
Tambah beliau lagi, penyertaan masyarakat Melayu dalam DAP juga ada berkemungkinkan untuk mengorek rahsia dalaman parti.
"Mereka ini mungkin masuk untuk keluar. Masuk dari dalam, mengetahui dari dalam, mendapat rahsia dalam untuk keluar. Ini juga berlaku dalam politik," ujarnya.
Selain itu, katanya, faktor lain ialah kemungkinan ada tawaran dan habuan supaya masyarakat Melayu menyertai DAP.

Comments