Itulah Yang Sebaik Baiknya....PAS mampu 'hidup sendirii

SHAH ALAM: PAS tidak perlu takut untuk bergerak sendirian tanpa adanya sokongan daripada rakan pembangkang yang lain, demikian tegas penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling.

Ujar Zainal, PAS sebelum menyertai Pakatan Rakyat sudah membuktikan ia mampu bergerak sendiri tanpa perlu bergantung pada polpulariti parti politik lain.

"Selama ini PAS memang bergerak sendiri sehingga ia dipujuk menyertai pembangkang. Bermakna ia sebuah parti boleh bergerak sendiri cuma tidak memperolehi sokongan kaum Cina di tempat lain.

"Jika PAS keluar daripada pembangkang, maka PAS akan mempunyai sokongan yang berkurangan namun masih boleh bergerak sendirian di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Pendirian PAS untuk bergerak sendirian semakin kerap didengar berikutan Pakatan Rakyat kini semakin goyah.

Ia lantaran tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP selepas parti dominasi Cina itu berterusan menyerang peribadi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Terdahulu, DAP bertindak memutuskan hubungan dengan DAP.

PAS kini hanya bekerjsama dengan PKR sekaligus memanjangkan hayat Pakatan Rakyat.

Namun kedudukan PAS dilihat agak goyah dalam pakatan itu selepas PKR baru-baru ini menyokong penubuhan sebuah parti baru yang bakal diasaskan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Parti itu dikatakan akan menyertai DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat 2.0.

GHB adalah sebuah gerakan serpihan PAS yang dianggotai oleh bekas pemimpin yang kalah pada pemilihan parti 4 Jun lalu.

"GHB sendiri belum pasti apakah ideologi mereka, sebab itu masih sebut tentang Islam, progresif, liberal dan hudud. Pada saya ia masih banyak persoalkan kerana ia belum mantap dan masih belum dapat berpegang dengan ideologi mereka.

"Jika ingin bergabung dengan PKR dan DAP, mereka terpaksa mengikut ideologi dua parti ini yang umumnya menyokong Islam secara umum sahaja. Bukan anti-Islam namun menolak keras tentang hukuman Islam yang akan diperkenalkan bagi menggantikan hukuman sivil sedia ada," kata Zainal.

GHB yang dipengerusikan oleh Mohamad Sabu sebelum ini mendakwa gerakan itu akan tetap membawa agenda Islam, yang mana hudud juga menjadi perjuangan utama mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana