Cadangkan semula parti politik wajib dedah sumber dana - PM

SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mencadangkan semula peraturan yang mewajibkan parti politik di negara ini, mengisytiharkan sumber kewangan parti masing-masing. Beliau berkata, cadangan itu pernah dibuat sebelum ini, tetapi ditentang oleh parti pembangkang. "Pembangkang mendesak kita untuk mendedahkan sumber kewangan parti. Saya bersedia melakukan demi ketelusan, tetapi malangnya mereka yang tidak bersetuju.

"Oleh itu, saya mencadangkan supaya peraturan mewajibkan sumber kewangan parti diisytiharkan dibuat semula," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Seremban di sini, hari ini. Najib yang juga Presiden UMNO berkata, ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak kerana sebelum ini parti pembangkang mahu UMNO mendedahkan sumber kewangan parti, tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana