Video Pelajar terkejut rakam kren jatuh


Kuala lumpur: "Saya bimbang kren yang jatuh daripada bangunan yang sedang dibina itu akan menghempap beberapa kenderaan jalan raya.

"Tak dapat nak gambarkan perasaan saya ketika menyaksikan kejadian itu kerana jalan raya sesak orang ramai pulang ke rumah selepas habis bekerja.

Itu kata pelajar Sekolah Merchant Taylor's di England, Soneel Bhattessa, 14, yang terkejut apabila melihat kren di tapak prjek pembinaan bangunan berhampiran Bangunan Neo Damansara tiba-tiba jatuh ketika merakam video ribut di Petaling Jaya, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 6 petang itu ketika saksi kejadian itu meninjau keadaan kawasan menerusi tingkap rumahnya di tingkat lapan kondominium Metropolitan Square, Damansara.
Soneel berkata, terdapat empat kren di atas bangunan yang sedang dibina dan satu daripadanya terjatuh.

"Nasib baik kren tidak jatuh di jalan raya. Sekiranya itu berlaku pasti ia akan mengakibatkan kemalangan maut."Ia kejadian pertama pernah saya lihat," kata pelajar itu yang berada di negara ini untuk menyambut Aidilfitri selama lebih dua minggu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, sehingga 10.30 malam ini, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung kejadian itu.
"Kami akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana