Video bahagian kedua Lester Melanyi lebih sensasi...ADa Yang Tak Tidur Malam Nanti tu

Bahagian kedua siri pendedahan bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang asalnya merupakan penghubung antara pemilik portal Sarawak Report  Clare Rewcastle-Brown dengan isu-isu berkaitan negeri tersebut kini tersebar.
Menurut Melanyi, hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam video itu, Melanyi juga mengakui menemui bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, yang menyerahkan 10 peratus dokumen berkaitan 1MDB kepada Clare Rewcastle-Brown.

"Saya bertemu Justo di London dua atau tiga kali pada tahun 2012 dan 2013. Saya percaya bekas eksekutif PetroSaudi itu tidak mengubah sebarang dokumen yang didakwa dicuri daripada bekas majikannya.

"Justo menemui Clare dan menyerahkan hanya 10 peratus dokumen diperolehnya. Baki 90 peratus lagi direka pembangkang. Dia (Justo) tidak mengusiknya. Pereka laman web di London memang mahir. Jika anda berhasrat menghasilkan wang, ia boleh dilakukan dan kelihatan tulen," katanya dalam video berkenaan.

Dalam video berdurasi 6.02 minit itu juga, beliau menamakan seorang pereka laman web mahir berpangkalan di London, yang didakwanya diupah Clare bagi mengubah dan mereka e-mel serta perjanjian palsu sehingga kelihatan tulen.

Melanyi turut menunjukkan beberapa contoh artikel palsu Sarawak Report, yang pernah disiarkan sebelum ini.

BH melaporkan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan berkata lebih banyak pendedahan akan dibuat menerusi video pengakuan Melanyi, bahagian ketiga dan keempat, minggu depan.

"Justeru, saya meminta kerajaan Malaysia bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk menyiasat dan menahan pereka laman web berusia lewat 20-an itu sebab dia masih bebas melakukan aktiviti pemalsuan di London.

"Kerajaan juga perlu menasihatkan kerajaan Switzerland supaya menghentikan penajaan terhadap Sarawak Report, yang didapati sudah terpesong daripada tujuan asal penubuhannya iaitu memfokuskan isu alam sekitar," katanya.

Ramesh berkata, dalam video seterusnya ada disebut nama beberapa orang yang berpengaruh, termasuk bekas pemimpin negara.

"Banyak lagi isu lain yang ada dalam bahagian ketiga dan keempat. Video penuh sudah diserahkan kepada polis, bagaimanapun kami akan keluarkannya secara berperingkat," katanya.

Sementara itu, Melanyi pada Isnin mempertahankan pendedahannya sebelum ini mengenai komplot terancang portal berita berkenaan untuk menjatuhkan Najib.

Melanyi berkata, pendedahan beliau adalah bersandarkan kebenaran dan keengganannya bersekongkol dalam komplot itu yang didalangi pemilik dan pengendali portal berkenaan.

"Ia satu kebenaran dan bukannya pembohongan...saya tetap mempertahankan pendedahan saya, malah sudah membuktikannya melalui komunikasi e-mel saya dengan Brown," katanya.

Berikutan pendedahan itu, Brown membuat kenyataan di London, bahawa beliau tidak mengenali Melanyi secara peribadi. Melanyi pernah berkhidmat dengan Radio Free Sarawak (RFS) yang turut dimiliki Sarawak Report.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana