Tiada Dikalangan Puak PR Nak Puji PM Ker...membuka kilang cetak Al Quran Ke 2 TerBesar Di Dunia


Semua dasar dan tindak tanduk kerajaan akan terus berpandu serta berlandaskan kepada Al-Quran yang menjadi pedoman kepada masyarakat sekaligus menjamin kesejahteraan hidup.

“Dengan berpaksikan kepada al-Quran manusia akan hidup dengan aman, tenteram dan terjamin keselamatan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam ucapan perasmian tapak Kompleks Nasyrul Quran dan pelancaran Tabung Dana Wakaf Kertas di Putrajaya, Jumaat petang.
Menurutnya, pembinaan kompleks itu di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan amat jelas menunjukkan manifestasi kerajaan dalam memartabatkan dan meningkatkan syiar Islam.
“Amat tepat didirikan di Putrajaya yang juga pusat pemerintahan, maka di sisi pusat ini kelak akan wujud pusat percetakan al-Quran terbesar di dunia. Ini komitmen kerajaan untuk memartabatkan Islam,” katanya.

Apabila kompleks itu beroperasi sepenuhnya kelak, ia kata Najib akan menjadi simbol kemegahan dan kebanggaan masyarakat Islam di Malaysia.

Kompleks Nasyrul Quran yang dibangunkan dengan kos RM60 juta adalah sebuah pusat percetakan al-Quran Mushaf bersepadu utama di Asia Tenggara dan berkeupayaan menjadi pusat pengeluaran al-Quran kedua terbesar di dunia.

Perancangan kompleks itu diumumkan Najib, selaku Menteri Kewangan, sewaktu membentangkan Bajet 2015 di Parlimen, Oktober tahun lalu.

Projek kerjasama antara kerajaan dan Yayasan Restu yang dijangka siap menjelang 2016 apabila beroperasi berupaya mencetak sehingga tiga juta naskah al-Quran setahun dengan 70 peratus untuk keperluan wakaf dalam negara manakala selebihnya untuk minoriti Muslim di luar negara.
Tabung Wakaf Kertas pula dilancarkan bertujuan mengumpul dana pembelian kertas cetak yang dianggarkan memerlukan kos RM5 juta setahun bagi menampung pengeluaran Al-Quran wakaf.
Perdana Menteri turut menyaksikan penyerahan sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebanyak RM25 juta kepada 116 sekolah pondok yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri/Majlis Agama Islam Negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana