Teresa Kok, tolong bijak beza pakaian hari-hari dengan kostum ritual

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok diminta tahu membezakan di antara pakaian seharian termasuk berurusan di pejabat Kerajaan dengan kesesuaian pemakaian kostum kebudayaan sesuatu kaum.

Budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail berkata, pakaian budaya adalah warisan dan pemakainya juga bijak untuk menggayakan busana mereka pada majlis-majlis yang tertentu.

“Pakaian ritual atau warisan bangsa sebegini bukanlah untuk dipakai sehari-hari atau semasa berurusan di pejabat.

“Ia pakaian warisan bangsa tertentu dan tidak dikenakan apabila hendak ke pasar. Rasanya semua orang tahu bila hendak memakai pakaian kebudayaan atau warisan bangsa masing-masing selain tidak dipakai sesuka hati semasa urusan seharian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Siti Zainon mengulas status gambar di laman Facebook Teresa yang menyifatkan pakaian setengah bogel atau ‘tidak menutup aurat’ selain menyindir kod pakaian Perkhidmatan Kerajaan sekarang.Pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian Perkhidmatan Kerajaan sekarang kata Teresa Kok di laman facebooknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana