Sikap PKR yang berdiam diri resahkan kumpulan PAS progresif

Tindakan PKR yang berdiam diri mengenai apakah parti itu menyokong PAS atau serpihannya Gerakan Harapan Baharu (GHB) menimbulkan tanda-tanya dikalangan kumpulan PAS progresif.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, ketegasan PKR untuk menyatakan pendirian amat diperlukan dan kerana itu DAP dilihat seolah-olah ‘memaksa’.

“Pertelingkahan di antara PAS dan DAP yang dianggap tidak ada kena mengena dengan PKR adalah sebaliknya. Ia persoalan kemantapan dan potensi kemenangan PR yang jelas hubung-kaitnya secara terus dengan PKR! Oleh itu sikap yang tegas dari PKR amat sangat diperlukan dan itulah sebabnya DAP bagaikan ‘memaksa’,” tulis Khalid diblognya.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menjawab persoalan yang dibangkitkan bekas Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar, yang mempersoalkan kemampuan PAS untuk mempertahankan kerusi pada PRU14 dan kritikan terhadap Gerakan Harapan Baru.

Khalid berkata, PKR tidak boleh mengambil sikap seperti ‘menarik rambut dalam tepung’ untuk menjaga hubungannya dengan DAP dan PAS kerana keadaan itu pasti menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang.

“Adakah suasana ‘menarik rambut dalam tepung’ merupakan keadaan dan suasana yang ideal yang ingin dikekalkan dan dibanggakan, di mana PKR ditempelak PAS berkali-kali dan PKR tidak bertindak balas?

“Walaupun rambut tidak putus dan tepung kononnya tidak berselerak tetapi adakah suasana sebegitu menambahkan keyakinan rakyat terhadap PR? Adakah memadai dengan PKR tidak bertindak balas, tidak seperti DAP dengan kaedah ‘tokong’nya, untuk meyakinkan rakyat bahawa PR merupakan gabungan yang mantap?,” soalnya.

Khalid berkata, rakyat Malaysia mengidamkan suasana saling menghormati, kejujuran dalam berpakat antara parti politik dan ia mampu direalisasikan dengan penubuhan parti baru.

“Saya tidak hairan DAP inginkannya dan dengan itu usaha ini disokong oleh mereka. Saya dan rakan-rakan juga inginkannya, bukan kerana DAP tetapi demi masa depan Negara,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana