Siapa Dia Ni.....Bila bekas wartawan bercakap tentang ekonomi....

 A.Kadir Jasin ada menulis tentang Greece dan kesannya kepada Malaysia. Penulisan beliau menyatakan yang Malaysia terdedah dengan tuntutan Bank Eropah.

Bila pakar ekonomi pula yang menjelaskan tentang krisis Greece, jauh benar bunyinya.

Krisis kewangan yang dialami Greece tidak memberi kesan secara langsung kepada ekonomi Malaysia.

Perkara itu dijelaskan pakar ekonomi, Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin yang menjelaskan, Malaysia hanya menjalankan dagangan dengan negara di bawah Kesatuan Eropah (EU), tetapi tidak dengan Greece.

“Kita tidak banyak menjalankan urusan dagangan dengan Greece, jadi kesan secara langsung tidak perlu dibimbangkan,” ujarnya kepada The Rakyat Post.

Namun, katanya, apa yang dibimbangkan adalah kesan Greece dalam EU yang dijangka memberi kesan kepada Malaysia, meskipun tidak secara langsung.

Ini kerana, jelasnya, Malaysia banyak berdagang dengan negara besar, seperti Perancis, Jerman dan Sepanyol yang merupakan kuasa ekonomi besar dalam EU yang turut dikhuatiri akan menerima tempiasnya.

“Greece menggunakan mata wang euro dan jika ia mengalami masalah, maka ekonomi euro akan terjejas dan dengan cara itu, Malaysia akan merasa tempiasnya, tetapi tidak secara langsung,” katanya.

Mengulas dakwaan yang dibuat tokoh wartawan, Datuk A. Kadir Jasin yang mendakwa Malaysia terdedah kepada tuntutan Bank Eropah, beliau berkata, itu hanya telahan dan ia tidak akan berlaku seperti yang didakwa.

Jelasnya, Bank Dunia atau Eropah tidak akan memotong pegangan hutang Asia hanya untuk menyelamatkan Greece.

Namun, katanya, Singapura mungkin terkesan dengan krisis Greece, kerana negara itu banyak menjalankan dagangan dengan Greece.

Tetapi, perkara itu juga masih di luar jangkaan ekonomi.

“Bank Dunia tidak akan menyingkirkan Asia semata-mata untuk menyelamatkan Greece, ekonomi tidak akan jadi begitu.

“Ini global…kita mesti ingat kesan ekonomi Greece tidak besar, seperti tiga negara berkenaan (Jerman, Perancis dan Sepanyol).

“Ekonomi mereka besar dan jika mereka bermasalah, Malaysia akan terjejas teruk,” katanya.

Terdahulu, Kadir mendakwa Malaysia akan turut terkesan akibat kejatuhan Greece daripada zon Eropah, selain Hong Kong dan Singapura.


Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL