Segera keluar parti...Apa Tunggu lagi.....Keluar Lah Nak Sangat Keluar....

 KUALA LUMPUR 21 Julai - Kesemua pemimpin Pas yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) diminta segera keluar daripada Pas jika masih berhasrat membentuk sebuah parti politik baharu pada 14 September ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, para pemimpin berkenaan tidak perlu menunggu sehingga tertubuhnya parti politik baharu untuk meninggalkan Pas secara automatik ke- rana tindakan mereka pada ketika ini merupakan satu bentuk pengkhianatan.
Beliau turut mengingatkan pemimpin yang terlibat dengan GHB agar tidak menggunakan platform Pas untuk menarik ahli-ahli parti untuk menyertai mereka.

“Sejak dari dahulu lagi saya dah beritahu agar mereka semua letak jawatan segera dengan terhormat kerana kita masih lagi bersahabat walaupun mereka sudah keluar dari parti.

Bagaimanapun, mereka masih tak buat (letak jawatan) sebab nak tunggu kita pecat sendiri agar mereka dapat menyalahkan parti.
“Kita juga mengingatkan mereka agar kempen keahlian parti baharu itu nanti dibuka kepada orang lain di luar Pas dan jangan sesekali tarik ahli Pas menyertai parti itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad yang mengesahkan semua pemimpin Pas yang terlibat dalam GHB akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, keahlian pemimpin-pemimpin Pas yang terlibat dengan GHB akan terbatal sekiranya parti politik baharu itu berjaya dibentuk pada September ini.
“Buat masa ini pergerakan tersebut hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kita masih tidak boleh pecat mereka. Bagaimanapun, secara automatik keahlian mereka akan gugur dengan pembentukan parti itu nanti,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mengingatkan pemimpin Pas yang terlibat dengan GHB agar tidak mengganggu hal ehwal dalaman parti itu lagi.
“Terpulang kepada mereka bila nak tubuhkan parti baharu kerana itu hak mereka. Cuma, apa yang kita harapkan agar mereka tidak ganggu Pas dari dalam,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana