Sedarlah Melayu Kita....80 Peratus Orang Cina Mahu DAP 'Guling' BN

DAP bantu ternak buaya

Akhbar Sin Chew Daily News bertarikh 21 Julai 2015 menyiarkan artikel mengenai kononnya DAP telah memperdayakan orang Cina apabila lebih mengutamakan dan membantu mewujudkan kumpulan parti baharu dalam kalangan orang Pas yang berfikiran liberal.

Artikel bertajuk ‘DAP menjadi wakil masyarakat Cina membantu menternak buaya ganas’ yang ditulis oleh Lim Fang itu disiarkan dalam ruangan Pendapat halaman 21. Penulis mendakwa 80 peratus daripada orang Cina mengharapkan melalui kekuatan DAP dapat menukar kerajaan Barisan Nasional (BN).

Walaupun DAP memperoleh 37 kerusi Parlimen tetapi hanya dapat memerintah di Pulau Pinang sahaja, dari segi kekuatan DAP tidak mampu untuk memberi kebajikan kepada masyarakat Cina, sebanyak 94 peratus projek kerajaan negeri Pulau Pinang diberikan kepada orang Melayu. Ketua Mente­rinya, Lim Guan Eng seperti menafikan kemampuan orang Cina membuat kerja dan melakukan perniagaan itu.

DAP pernah secara lantang mahu membina sebuah Bandar Budaya Cina di kawasan Klang, Selangor. Hari ini mereka telah gadaikan maruah parti, Bandar Budaya Cina tinggal debunya sahaja.

Selepas pakatan rakyat bangkit dalam dua pilihan raya umum (PRU) lalu, peranan yang banyak dimainkan oleh DAP ialah mewujudkan kumpulan Melayu berfikiran terbuka, namun mereka sendiri tidak dapat mengumpulkan kekuatan untuk menarik orang ramai menyertai mereka.

Sebaliknya DAP seperti mengikut rentak dan telunjuk Pas, diyakini kumpulan gerakan baharu dalam Pas ini tidak mampu mengawal polisi agama, sekali gus bermakna mereka tidak mempunyai nilai dalam kedudukan dan pasaran.

Gerakan baharu ini mencabar Pas sepenuhnya, pasti akan lebih memburukkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, PKR juga tidak terlepas daripada tempias bencana tersebut. Ini bermakna jika dalam PRU lalu pembangkang melawan BN secara satu lawan satu, selepas ini akan wujud keadaannya peti undi akan berlaku perlawanan tiga penjuru.

Pas dan DAP mempunyai kelebihan, kerana kedua-dua parti masing-masing berkuasa di Kelantan dan Pulau Pinang, yang tersepit adalah PKR kerana PKR perlukan Pas dan DAP untuk memerintah Selangor. Sebab itu jika kepimpinan PKR tersilap langkah akan kehilangan kesemuanya.

Pas untuk dipergunakan

Sementara itu, akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 21 Julai 2015 menarik perhatian dengan mengatakan bahawa kekuatan Pas adalah untuk dipergunakan bukan dipercayai kerana agenda, polisi dan matlamatnya tetap sama tanpa mengira siapa sahaja yang menerajui kepimpinan parti berkenaan.

Artikel bertajuk ‘Untuk dipergunakan bukan untuk dipercayai’ yang ditulis oleh Lim Fang itu disiarkan dalam ruangan Pendapat halaman B9. Penulis mendakwa pimpinan DAP terutamanya Lim Kit Siang amat arif mengenai perkara tersebut kerana cukup berpengalaman dengan parti berkenaan dalam beberapa siri PRU yang lalu.

Malah sebelum ini, Kit Siang selalu mengingatkan Pas bahawa sekiranya parti itu bertarung bersendirian pasti akan kecundang tetapi nasihat dan peringatan tokoh veteran itu langsung tidak diendahkan oleh pimpinan Pas yang berhati keras.

Persoalannya kenapa dia masih prihatin dengan Pas, sepatutnya selepas membantu Mohamad Sabu menubuhkan parti baharu, jangan sesekali fikir dan risaukan mengenai Pas sama ada hidup atau mati. Hakikatnya sokongan akar umbi kedua-dua parti ini amat kukuh dan DAP menyedarinya.

Malah terdapat dua kemungkinan atas keprihatinan Kit Siang itu, iaitu seronok melihat kejatuhan teruk Pas dalam PRU nanti atau mengharapkan Pas kembali semula kepada pembangkang untuk menjatuhkan BN.

Sekiranya berlawan secara berhadapan, kedua-duanya, Pas dan DAP akan kecundang, hilang undi di kawasan campuran dan parti baharu serpihan Pas itu serta PKR juga bakal terkena tempiasnya. Oleh itu, diingatkan kepada Kit Siang dan pimpinan DAP yang lain semasa membelasah ‘bulan’, diharapkan jangan terlalu keras dan gopoh, jangan keluarkan kata-kata kesat yang boleh menjauhkan lagi kemungkinan untuk berbaik semula.

Halang bara perkauman

Dalam pada itu, akhbar sama bertarikh 20 Julai 2015 menyen­tuh mengenai insiden Plaza Low Yat dengan menegaskan bahawa ia tidak wajar dikaitkan dengan isu rusuhan kaum yang dipanaskan oleh laman sosial.

Artikel bertajuk ‘Ingat pengajaran, jangan cabar rusuhan kaum’ yang ditulis oleh Cheah See Kian itu disiarkan dalam ruangan Pendapat halaman A11. Penulis bersyukur kerana keadaan itu telah diredakan dengan kecekapan pihak ke­selamatan namun semua pihak perlu berwaspada kerana pada setiap masa akan wujud golongan yang mengambil peluang untuk merosakkan perpaduan kaum.

Penulis kemudiannya memberikan contoh yang berlaku semasa tragedi 13 Mei 1969, yang sebenarnya tiada satu pihak pun menang, semuanya kecundang. Nyawa melayang kerana hasutan daripada isu perkauman, agama dan politik. Oleh itu, jangan sesekali membiarkannya disemarakkan, jika tidak Malaysia akan sekali lagi terjerumus kepada kehancuran.

Punca percikan bara api fahaman perkauman harus dihapuskan segera.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana