Saham AirAsia Cecah Paras Terendah dalam Tempoh 5 tahun

KUALA LUMPUR 9 Julai - Saham AirAsia Bhd hari ini mencecah paras terendah dalam tempoh lima selepas kerajaan Indonesia merancang menggantung lesen operasi unit berkenaan melainkan syarikat menambah ekuiti baharu menjelang akhir bulan.

Pada 10.52 pagi, AirAsia jatuh lebih 10 peratus atau 15 sen kepada RM1.34 dengan 53.41 juta saham bertukar tangan.

AirAsia dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam mengesahkan bahawa unit milik 49 peratusnya, PT Indonesia AirAsia, menerima surat daripada Kementerian Pengangkutan Indonesia yang menggesa syarikat penerbangan itu memastikan kedudukan ekuiti yang positif menjelang 31 Julai.

AirAsia menyatakan syarikat itu dan Indonesia AirAsia, kini mengkaji surat berkenaan serta berusaha mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pengangkutan.

Menurut laporan antarabangsa, Indonesia AirAsia adalah antara 13 syarikat penerbangan yang didapati dalam kedudukan ekuiti negatif oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Laporan itu menyebut unit penerbangan tambah rendah terbesar Asia itu mempunyai masa hingga akhir bulan ini untuk mengumpul sekurang-kurangnya AS$230 juta bagi mengubah dana pemegang sahamnya yang berkedudukan defisit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana