Rela Masuk DAP....Apa Punya Melayu Seperti ini....BElajar Tinggi Tinggi

KUALA LUMPUR 2 Julai - Pemberontakan terhadap kepimpinan baharu PAS Pusat semakin meruncing apabila seorang lagi aktivis parti itu, Zulhazmi Sharif, mengisytiharkan diri menyertai DAP.

Beliau akan menyerahkan borang keahlian menyertai DAP pada satu majlis pada hari ini.

"InsyaAllah kalau tak ada apa-apa, esok akan serah borang dalam majlis berbuka puasa bersama seorang ahli Parlimen DAP," tulis peguam itu di laman Facebooknya semalam sambil menunjukkan borang permohonan menjadi ahli DAP.

Pencadang kepada permohonan itu adalah Syefura Osman, lebih dikenali sebagai Rara, gadis Melayu yang juga ahli DAP.

Keputusan beliau diambil kurang sebulan selepas Muktamar PAS awal bulan lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Sebelum ini, bekas aktivis Pemuda PAS, Sheikh Omar Ali menyertai DAP kerana kecewa sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang dikitar semula.

Beliau juga meletakkan faktor "pembersihan etnik" pada pemilihan parti awal bulan lepas sebagai mendorong keputusan meninggalkan PAS.

Zulhazmi kini merupakan penasihat undang-undang PasMa, kumpulan pendesak serpihan PAS yang mahu parti Islam itu terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR).

Untuk rekod, Zulhazmi pernah bertanding merebut kerusi ketua Pemuda PAS dalam pertandingan tiga penjuru antara beliau, Suhaizan Kaiat dan Kamaruzaman Mohamad, namun tewas.

Beliau mula terkenal apabila menjadi peguam kepada Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang ditubuhkan ketua penerangan PAS ketika itu, Datuk Mahfuz Omar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana