PKR enggan campur tangan masalah dalaman PAS

SHAH ALAM: PKR tidak akan masuk campur tangan soal dalaman PAS yang semakin meruncing sejak muktahir ini, demikian ditegaskan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, beliau yakin segala kemelut dalaman melibatkan PAS sekarang akan dapat diselesaikan secara baik.

"Masalah dalaman PAS saya tak mahu campur.

"Saya percaya pimpinan boleh selesaikan secara baik supaya rakyat yakin Pakatan Rakyat bawa perubahan dalam PRU14. 

"Perlu ada perpaduan yang kuat dalam pakatan rakyat," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Negeri Selangor 2015, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kemelut yang melanda PAS, berikutan pemimpin progresif parti berkenaan melancarkan sebuah parti baru yang dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB), Isnin lalu.

GHB dipengerusikan bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Ahli jawatankuasa sementaranya terdiri daripada bekas pemimpin parti itu yang tersingkir pada pemilihan awal bulan Jun, antaranya termasuk bekas naib presiden Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa serta bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Pada Muktamar awal Jun lalu, PAS meluluskan tanpa bahas usul yang dibawa Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan degan DAP.

Majlis Syura Ulama kemudiannya pada 12 Julai lalu, membuat keputusan bahawa hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal, bagaimanapun mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana