PKR Ada Berani Ker....PKR perlu segera nyatakan pendirian jelas mengenai GHB - Idris Ahmad

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu segera menyatakan pendirian jelas mengenai Gerakan Harapan Baru (GHB) dipelopori oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu Isnin lalu.

Ditanya sama ada langkah penubuhan GHB ini didalangi oleh PKR-DAP, beliau berkata, ia bergantung kepada PKR untuk membuat pilihan sama ada untuk terus bersama dengan PAS atau bersama GHB dalam PR.

"Setakat hari ini kita (PAS) masih jalinkan kerjasama dengan PKR, kecuali kalau PKR yang menolak PAS, (sekarang) kita masih bekerjasama dengan PKR," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Mengulas lanjut kenyataan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menyokong penubuhan GHB, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, ia adalah bersifat peribadi semata-mata.

Ini kerana kenyataan berkenaan berbeza dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semalam di mana parti itu tidak akan campur tangan dalam hal-ehwal PAS mahupun GHB.

"Pada saya setiap keputusan besar akan diputuskan oleh mesyuarat parti, bukan pandangan daripada individu. Sebab itu pilihan yang diambil oleh Timbalan Presiden (Azmin Ali), dia akan buat satu keputusan berdasarkan kepada mesyuarat parti. Itu mungkin pandangan peribadi dia (Rafizi Ramli)," katanya lagi.

Selain Rafizi, pengarah pilihan raya parti itu Datuk Saifuddin Nasution juga turut menyatakan sokongannya terhadap GHB apabila hadir dalam jelajah siri Ceramah Perdana GHB di Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu, Kelantan.

"Saya rasa kena tanya dia (Datuk Saifuddin Nasution) dan minta pandangan beliau sendiri sedangkan ini (isu penubuhan GHB) adalah masalah hal-ehwal PAS."

PAS dijadualkan mengadakan satu mesyuarat di peringkat pusat mengenai status keahlian kumpulan progresif parti berkenaan yang bertindak mengumumkan penubuhan parti baru 13 Julai lalu.

Mengikut Fasal 13 (1)(c) Perlembagaan PAS, keahlian seseorang ahli berkenaan boleh dipecat serta merta sekiranya didapati menyertai parti lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana