Pengkhianat negara... bersekongkol pihak luar jatuhkan kerajaan

Ahli politik yang bersekongkol dengan pihak luar untuk menjatuhkan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pengkhianat negara.
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak berkata sikap sedemikian jelas menunjukkan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai agenda menumbangkan sebuah kerajaan demokratik yang dipilih rakyat.

"Mereka seharusnya menghormati proses demokrasi yang diamalkan di negara ini, yang mana rakyat yang menentukan pemimpin mereka," katanya.

Bernama melaporkan Salleh berkata demikian ketika mengulas pendedahan polis Thailand yang bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo, mengadakan pertemuan dengan beberapa individu, termasuk ahli politik pembangkang Malaysia untuk menjual maklumat sulit milik syarikat itu.

Pada 24 Jun lalu, polis Thailand menahan warga Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut bekas majikannya di PetroSaudi.

Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL