Pengerusi BNBBC akan dilantik Menteri Kanan... ramal Awang Selamat

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad diramalkan oleh Mingguan Malaysia dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selama akan dibawa masuk semula ke Kabinet dan bakal menjadi Menteri kanan.
Shahrir adalah tokoh yang berpengaruh, disegani ramai dan berpengalaman luas yang boleh membantu Kabinet terutama dalam menghadapi situasi politik yang mencabar kebelakangan ini.

Shahrir mungkin tidak selesa nama beliau menjadi mainan spekulasi yang belum pasti kesahihannya tetapi itulah resam dunia politik, yang terdedah kepada apa sahaja.

“Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat-saat yang sukar dan ketika berdepan krisis.

“Ia juga mesej jelas kepada semua bahawa beliau mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB. Malah kemungkinan Najib membuat perubahan drastik tidak boleh ditolak. Mana tahu ada kejutan lebih besar, kita tunggu,” kata Awang Selamat.

Menurut Awang Selamat, dalam rombakan kabinet yang dijangka tidak lama lagi, salah seorang Menteri yang digugurkan itu akan ditawarkan sebagai Pengerusi di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Akhbar itu turut meramalkan Menteri Pembangunan luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafiee Apdal akan bertukar portfolio.

Shafie, antara pemimpin UMNO yang dilihat tidak senada dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kontroversi 1MDB.

Malah, cakap-cakap politik mendakwa skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia lebih mensasar untuk menjatuhkan reputasi Shafie sebagai Menteri yang bertanggungjawab.

Seorang lagi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut dinamakan akan bertukar pottfolio.

“Jawatan Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel kemungkinan dikosongkan buat sementara sehingga pemilihan semula MIC September depan. Jika itu terjadi, seorang menteri lain akan memangku jawatan tersebut,” tulis Awang Selamat.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL