PAS MENDEDAHKAN RANCANGAN DAP JADIKAN MALAYSIA SINGAPURA KEDUA?

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mendedahkan agenda ‘cauvinisme’ Cina DAP yang dilihat cenderung mahu membentuk ‘Singapura Kedua’ di Malaysia.
Ahmad Amzad dalam satu kenyataan berkata, sikap angkuh dan gelojoh DAP dalam mencapai cita-citanya itu semakin jelas apabila parti itu menolak PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat (PR).
“Perpecahan ini sedang dituai dengan rakus oleh DAP. Mereka angkuh dan gelojoh dalam menjayakan agenda cauvinis menguasai negara agar cita-cita sebuah lagi Singapura segera dicapai”, katanya.

Ahmad Amzad juga mempersoalkan langkah agresif DAP menarik ahli dari kalangan bukan Melayu menyertai parti itu.

“DAP sedang dengan agresif mendaftar masyarakat bukan Islam sebagai pengundi untuk menguasai negara. Mereka juga ambil orang Melayu agar bila perlu, mereka ada calon untuk jadi menteri besar di negeri negeri bersultan.

“Tentu sekali (mereka) Melayu yang patuh pada agenda DAP seperti Zairil atau Nizar Jamaludin,” ujar Ahmad Amzad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana