PAS & DAP: Berapa Kali Nak Putus....Esok Lusa atau Entah Bila Boleh Mesra Balik Ni

PAS semalam khabarnya mengumumkan untuk memutuskan terus hubungan dengan DAP tapi seperti mana biasa, masih mengekalkan kerjasama di Selangor.

Ini adalah kemuncak kepada beberapa kejadian ‘putus’ membabitkan DAP dan PAS sebelum ini.  Biar penulis refresh sikit insiden ‘putus’ yang dimaksudkan:-

24 Mac – DAP Sarawak Keluar Pakatan, putus hubungan dengan PAS

24 Mac – DAP Pusat putus hubungan dengan Hadi, tapi kekal hubungan dengan PAS

6 Jun –  Muktamar PAS terima usul putus hubungan dengan DAP, tapi tunggu mesyuarat Majlis Syura

17 Jun – DAP Isytihar Pakatan dah mati, putus semua hubungan dengan PAS bila kumpulan pro Hadi kuasai PAS

Ceritanya, putus sesaja, tapi realitinya, takde apa yang putus pun.  Semua masih sama, masih macam dulu.

Rakyat patut tanya, apa faedah buat semua ni?  Adakah nak mengelirukan rakyat, adakah nak menipu penyokong (terutama kaum cina), atau macam mana?

Kalau nak putus hubungan, putuslah terus, bubarkan kerajaan Selangor atau bentuk pakatan politik baru dan teruskan hidup dari situ.  Bila parti Yong Teck Lee putus hubungan dengan BN, Presidennya bertanding lawan calon BN dalam PRU13, itu baru betul putus.

Ini dia kata putus, yang satu lagi ni pun kata putus tapi kerjasama di Selangor jalan.  Azizah panggil mesyuarat dekat padang kawad parlimen, hampir semua Ahli Parlimen PAS dan DAP duduk bersama-sama, putus apa benda macam itu?

Bila WSJ fitnah Perdana Menteri, PAS (kecuali Hadi dan Haron Din) dan DAP, bersinsing lengan mahu Najib letak jawatan.  Putuskah macam itu?

Senang kata, ini semua hanyalah permainan politik, tak payahlah beri perhatian sangat.  Penulis angkat isu tersebut hari ini pun sebab nak kongsi pandangan akan permainan politik terbaru puak-puak ni.

Rakyat patut dah sedar bahawa puak-puak ini tak habis-habis berpolitik, kalau tak itu, fitnah orang sana sini. bila nak habis pun tak tahu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana