PAS Akan Mati Jika “Syaitan Dalam Jemaah” Keluar Parti?

Hampir sebulan sudah Muktamar PAS berakhir, namun PAS dilihat masih lagi gagal menyelesaikan masalah dalaman yang mereka hadapi, apatah lagi untuk menguraikan kekusutan yang berlaku antara parti itu dengan DAP dan PKR.

Kita dapat melihat bagaimana Guan Eng bukan saja hanya menghamburkan kata-kata kecaman, malah menterjemahkan api permusuhan dengan PAS itu dengan memecat wakil-wakil PAS dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Melenting benar PAS di Pulau Pinang dengan tindakan Guan Eng itu hingga sanggup mengadakan sidang akhbar mendakwa mahu bertindak memfailkan saman terhadap kerajaan negeri pimpinan Guan Eng. Ralat juga bila dipecat sewenang-wenangnya begitu, kan? Dekat nak raya pulak tu…

Sekonyong-konyong itu, ramai pula aktivis PAS “progresif” yang sebelum ini kononnya “tidak memandang pada jawatan” mula berura-ura hendak menubuhkan parti baru selepas Aidilfitri ini. Hairannya, mengapa tidak ditubuhkan sekarang saja? Sengaja mahu bermain tarik tali?

Namun bagi beberapa aktivitis muda seperti Wan Ji dan calon Ketua Pemuda PAS yang “berjaya” memperoleh 7 undi, Zul Hazmi Shariff, mereka lebih rela untuk tidak kekal bersama jemaah ulama parti dalam mempertahankan perjuangan PAS.

Wan Ji secara rasmi telah “memeluk” PKR manakala Zulhazmi khabarnya sudah “convert” masuk DAP, mengikut jejak langkah Pak Samad Said. Itu baru melibatkan aktivis dan penyokong muda PAS yang kononnya “berjuang demi Islam”…

Bagi mereka yang sudah laman di dalam PAS seperti Phahrolrazi Zawawi, PAS seolah sudah terkubur dalam diri mereka. PasMa kini lebih tertarik untuk membentuk parti baru sekiranya golongan G18 tidak berbuat demikian selepas raya ini.

Soalnya, dimanakah perginya “perjuangan” Mat Sabu, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Mahfuz Omar, Mazlan Aliman, Salahuddin Ayub dan ramai lagi mereka yang hilang jawatan ketika Muktamar PAS berakhir awal bulan lalu?

Apakah mereka akan terus setia bersama PAS? Mereka hilang jawatan, dan terus memasang niat untuk menubuhkan parti baru? Cepat benar berubah…

Saya melihat perkembangan sikap para umara PAS ini menjurus ke arah duniawi, lebih tepat lagi ialah “hilang perjuangan kerana hilang jawatan”.

Dulu ketika Guan Eng mula menjadi Ketua Menteri, PAS mendabik dada mendakwa anak Kit Siang itulah “Khalifah” mereka. Malah lelaki Cina yang terkenal dengan sifat “chauvinis ultra kiasu” itu disamakan pula dengan “Khalifah Umar bin Abdul Aziz”…

Kini setelah dipecat “Khalifah”, apa pula gelaran untuk Guan Eng? Tokong?
guan eng

Begitu juga dengan bekas-bekas pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan parti itu, cepat benar hilang perjuangan mereka, bukan? Mungkin kerana bila menubuhkan parti baru maka mereka boleh menjawat jawatan dalam parti sesuka hati? Kemaruk jawatan sangatkah mereka?

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad baru-baru ini seolah merayu pula supaya puak-puak yang cuba merosakkan PAS itu supaya tidak meninggalkan parti. Dia turut mempersoal tentang perjuangan yang puak-puak berkenaan pegang selama ini.

Pada saya, sekiranya mereka hilang perjuangan setelah hilang jawatan, itu membawa maksud bahawa perjuangan mereka selama berpuluh tahun bersama PAS itu hanyalah palsu-palsu belaka. Tidak tulen seperti Lebai Mat Kapak yang tidak punya jawatan parti di sebuah kampung di Kedah.

Cuma, mengulas mengenai keadaan terkini PAS, jelaslah bahawa terdapat hikmah yang tidak ternilai yang perlu dijadikan iktibar dari kesan pemilihan parti berkenaan iaitu dapat “mengenal permata berbanding kaca”.

Kini bukan saja PAS, malah saya yakin seluruh umat Islam dapat melihat siapakah yang sebenarnya “permata” dan siapakah sebenarnya hanyalah “sampah” dan “tin kosong” di dalam PAS. Perjuangan hanyalah dibibir, namun perjuangan dihati mereka sangat lemah berbanding Mek Limah di Kelantan.

Saya mahu tunggu dan lihat, bilakah PAS akan sembuh sepenuhnya. Mungkin PAS mendakwa mereka sudah kembali ke perjuangan asal dengan barisan kepimpinan ulama. Tapi, sekiranya masih lagi menyimpan “jebon-jebon” berkenaan, tidak mustahil PAS akan tungging terbalik nanti. Jangan dipandang remeh strategi puak-puak tersebut…
Idris-Ahmad-AJK-PAS-Pusat-600x360
Justeru itu, saya menyarankan pada kepimpinan PAS supaya terus bertegas dan tidak perlu merayu pada mana-mana “jebon” untuk tidak meninggalkan parti. Mereka mahu tinggalkan PAS, mereka boleh berambus.

Selaku Naib Presiden PAS, Idris harus yakin bahawa PAS takkan mati kalau Mat Sabu keluar parti, kan? Wallahu’alam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana