Papagomo Original kena cekup akhirnya...

Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga... itu pepatah sesuai untuk mengambarkan individu yang menyamar sebagai blogger Papagomo di facebook dengan menamakan pagenya Papagomo Original.
Menumpang populariti blogger Papagomo, individu tersebut menyebar berbagai fitnah mengenai pergaduhan kaum selain turut mendakwa merasuah pihak berkuasa.

Pagi ini, polis menahan individu tersebut di Perak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid ?Abu Bakar menerusi Twitternya berkata, "syabas JSJ D5 @PDRMsia berjaya tangkap Papagomo Original di Perak".

Sebelum ini, page tersebut mendakwa Khalid meminta rasuah sebanyak RM20,000 daripada Papagomo untuk menyelesaikan kes penulis blog itu yang ditahan pada Selasa lalu kerana didakwa menyebarkan berita palsu tentang pergaduhan di Plaza Low Yat.

“Satu laporan dibuat untuk membantu siasatan dan siasatan dimulakan terhadap akaun Facebook ‘Papagomo Original’ yang didakwa memuat naik ‘paparan skrin’ perbualan antara saya bersama penulis blog itu,” kata Khalid.

Peguam kepada individu didakwa Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail turut membuat laporan bahawa akaun Facebook Papagomo Original bukan kepunyaan penulis blog berkenaan.

Dia memberitahu anak guamnya tidak boleh mengemaskini Facebook kerana ketika itu dalam tahanan polis.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL