Orang Kecewa.....Pakatan Rakyat 'Baharu' Selepas Aidilfitri - Mat Sabu

BUTTERWORTH: Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu kepada lebih 1,000 tetamu yang menghadiri majlis berbuka puasa di sini bahawa pembentukan Pakatan Rakyat yang baharu akan diumumkan selepas Aidilfitri.

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk Pakatan Rakyat yang baharu yang akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

"Mudah-mudahan selepas Syawal, kita akan melihat satu gelombang baharu muncul.

"Untuk mencapai Pakatan yang lebih kukuh, perlu ada integriti, tanpa membangkitkan tentang perkauman yang boleh menjadi provokasi isu.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempraktiskan amalan-amalan seperti integriti, budaya dan nilai-nilai murni yang sama dengan ajaran Islam, seperti yang terdapat dalam al-Quran.

"Ia tidak mengajar kita menggunakan perkatan seperti panggilan serigala dan anjing.

"Ia mengenai mengamalkan keharmonian dan persefahaman pelbagai kaum," katanya, Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana