Nurul Izzah Meroyan Meminta SPR Batalkan Keputusan PRU13?

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar beberapa hari lepas menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu, susulan tuduhan yang dilemparkan Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri. Nurul Izzah berkata, selepas pendedahan yang dibuat oleh WSJ dan Sarawak Report (SR) mengenai pemindahan berbilion ringgit ke akaun peribadi DS Najib Tun Razak, PKR akan memfailkan saman sivil bagi membatalkan keputusan PRU13. Tambahnya, PKR akan memfailkan saman tersebut dan akan menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kadar segera.

Mungkin Nurul Izzah seorang yang tidak penyabar. Biarlah pihak yang berwajib menjalankan siasatan dulu. Janda berhias ini tidak perlulah menangguk di air yang keruh untuk menghasut Rakyat menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dan mengheret SPR ke kancah politik mereka. Isu yang melibatkan akaun Perdana Menteri masih lagi dalam siasatan, malah Perdana Menteri sendiri menubuhkan dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada panel siasatan. Janda berhias ini sudah sibuk hendak menyaman SPR dan membatalkan keputusan PRU13.

Ketika perbicaraan kes liwat bapanya, Anwar Ibrahim, janda berhias ini sibuk menyatakan di dalam Islam setiap tuduhan perlu disertakan dengan bukti dan saksi. Kenapakah prinsip berkenaan tidak beliau gunakan dalam kes DS Najib Tun Razak? Hukuman akan dijatuhkan selepas siasatan dibuat beserta dengan pembuktian yang kukuh, dan bukannya menjatuhkan hukuman dahulu dan kemudian baru siasat. Undang-undang rimba manakah ini?

Sepatutnya Nurul Izzah sendiri dengan terhormat telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai memandangkan beliau telah bersalah dan mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka kepada kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Nurul Izzah dalam sidang akhbar terbuka mengakui terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat pada 4 Mei tahun lepas iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Bukankah Nurul Izzah tidak bermaruah untuk meletakkan jawatan setelah beliau telah menjejaskan nama baik dan reputasi Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana