Nasihat kepada bukan-cina dalam DAP

Ahli Melayu DAP, Al-Mustaqeem Mahmod Radhi memberi mesej tajam kepada semua ahli bukan Cina yang baharu menyertai parti itu.

1) Pertama, DAP adalah sebuah parti Cina yang memperjuangkan hak sama rata. “Sebahagian orang juga berpandangan DAP boleh mengubah citranya sebagai ‘parti Cina’ dengan membuka ruang kepada lebih banyak Melayu. Ini benar.“Sememangnya DAP perlu mengubah citranya, namun bukan dengan cara tangkap muat. Apatah lagi citra cina-nya DAP itu bukan sesuatu yang disengajakan,”katanya dalam rencana bertajuk “Keistimewaan untuk bukan-Cina dalam DAP?.”

2) orang Melayu yang menyertai DAP tidak boleh mengharapkan sesuatu terutamanya menjadi calon pilihan raya.“Kepada Melayu yang mahu menyertai DAP dan mengharapkan layanan istimewa, saya sarankan lebih baik isi borang UMNO.“DAP tidak harus menjadi laluan mudah untuk menempah tiket sebagai calon dalam pilihan raya atau untuk menjadi pemimpin parti politik.”

3) Ketiga, perlu ada kebolehan sendiri yang diperlukan pemimpin DAP. “Saya ahli DAP dan bekas editor The Rocket (BM) dan Roketkini, portal rasmi DAP.”

4) Keempat, perlu akur dengan kepimpinan DAP dan bersedia bekerja mengikut selera pemimpin.
“Seperkara lagi, saya mahu berkongsi pengalaman dalam DAP dengan ahli-ahli baru, Melayu atau pun bukan. Para pemimpin DAP, setakat beberapa orang yang saya kenal, adalah orang-orang yang kuat bekerja, berdisiplin, tekun dan nekad dalam perjuangan mereka. “Mereka muncul sebagai pemimpin dan wakil rakyat kerana bakat dan kerja keras mereka.

5) ‘Maka, pesan saya, tanggalkan ‘kulit’ Melayu anda di pintu masuk rumah DAP dan, kalau mahu, tunjukkan ‘isi’ anda sebagai seorang Melayu, India, Iban, Dayak – isi yang boleh memberi saingan kepada para pemimpin sedia ada dan memperkaya budaya dalam parti, demi negara dan bangsa Malaysia, bukan demi ketuanan kaum atau agama anda.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana