Nak Menipu Agak Agak lah....Tak lojik lebih RM2 billion masuk dalam satu akaun atas nama sendiri

"Ini orang kata tidak logik, kalau seseorang itu ingin mengambil wang rakyat yang nilainya sehingga lebih RM2 bilion dan masukkan dalam satu akaun atas namanya sendiri, ia satu perkara yang tidak munasabah.
"Perkara itu sudah tentu dapat dikesan oleh semua sistem kewangan dan bank dengan mudah sekali, jadi kalau orang percaya dengan cerita-cerita begini ... perlu berhati-hati kerana saya bimbang ada niat-niat lain untuk menghancurkan ekonomi dan imej negara," katanya.

Itu kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek menyifatkan tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi sebagai tidak masuk akal.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di Kuantan ketika diminta mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa kira-kira RM2.6 bilion telah dideposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi perdana menteri.

Shabery berkata pihak 1MDB dan Najib sendiri semalam telah menafikan hal tersebut dan menyifatkan pembohongan itu sebagai satu lagi usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Sehubungan itu, katanya semua pihak termasuk rakyat perlu bersabar menunggu hasil siasatan badan audit bertauliah termasuk dari luar negara berhubung 1MDB sebelum menghakiminya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL