Melayu kena waspada agenda DAP, kata pemimpin PAS

BANGI, Jumaat – Seorang pemimpin PAS hari ini melahirkan kebimbangan terhadap sikap bekas sekutu mereka DAP, yang didakwa sedang berusaha menjayakan agenda cauvinis mereka untuk menguasai negara.

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, perkara itu boleh dilihat dengan beberapa tindakan parti perkauman itu yang ‘bermulut celupar’ mempertikai kesucian agama dan hukum Islam di negara ini.

“Mempertikai kewujudan institusi penting seperti JAKIM, mempertikai bidang kuasa Raja-Raja Melayu dan tindakan provokatif yang menguji toleransi umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan bertajuk “Jika DAP nekad hasut bukan Melayu tolak PAS, bukan susah umat Islam bertindak balas” itu, Ahmad Amzad berkata, DAP sedang agresif mendaftar masyarakat bukan Islam sebagai pengundi untuk menguasai negara.

Mereka katanya, sedang ambil orang Melayu agar bila perlu, mereka juga mempunyai calon yang layak untuk diangkat sebagai menteri besar di negeri-negeri bersultan.

Namun kata beliau, jika lebih 61 peratus rakyat Malaysia yang beragama Islam secara bersatu memberi mesej jelas kepada segelintir pemimpin atasan ‘yang lupa diri’ tersebut, tiada lagi yang akan bermulut celupar.

“Dan orang Melayu kena pastikan semua anak-anak mereka, jiran-jiran mereka, pelajar-pelajar, anak buah yang layak atau sebaik sahaja layak, wajibkan mereka mendaftar sebagai pemilih atau pengundi pilihan raya,” katanya.

Beliau juga mengingatkan orang Melayu, agar tidak lupa sejarah perpisahan Singapura dari Malaysia.

“Tiada siapa boleh sangkal DAP asalnya dari parti PAP yang berkuasa di Singapura.

“Sekalipun pada minggu lepas begitu bersungguh sekali pegawai kedutaan Singapura cuba yakinkan pemimpin pertengahan kita bahawa PAP tiada kena mengena dengan DAP,” katanya.

Sehubungan itu katanya, semua orang Melayu Islam perlu bersatu tanpa mengira perbezaan politik, agar kuasa orang politik Melayu lebih kuat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana