Mat Sabu tubuh parti baru: J/kuasa PAS bermesyuarat Ogos depan

SHAH ALAM: PAS akan bermesyuarat pada awal Ogos depan berhubung tindakan bekas Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baru selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata tindakan Mohamad Sabu itu jelas melanggar perlembangaan PAS apabila mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menubuhkan parti baru.

"Prinsip disiplin dalam parti kalau mereka (G18) tubuh baru secara automatik terkeluar dari PAS.

"Kalau bantu atau tidak membantu (ke arah penubuhan Pakatan Rakyat 2.0), kalau menyertai parti lain, jelas melanggar peraturan dalam perlembagaan PAS." katanya ketika dihubungi Antarapos.

Menurut Fasal 13 perlembagaan PAS, keahlian parti boleh dilucut atau ditarik balik atas 3 sebab antaranya permohonan sendiri, dipecat atau mengistiharkan diri keluar parti atau menyertai parti politik lain.

Dalam sidang media di ibu kota pagi tadi, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu mengumumkan penubuhan parti politik baru.

Buat masa ini nama parti yang diasaskan Gerakan Harapan Baru atau 'Harapan Baru', belum muktamad.

Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

Mat Sabu menegaskan parti baru itu akan berkerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan 2.0 iaitu Pakatan Rakyat Baru.

Lebih mengejutkan, parti politik baru itu akan meneruskan agenda memperjuangkan hudud berikutan hukum itu tidak boleh dipisahkan dengan syariat Islam.

Bagaimanapun ia haruslah melalui proses demokrasi berparlimen dan perundingan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL