Masyallah.....Telan ubat ‘gila’ elak malu Berhati Hati Lah Kita

ANTARA dokumen palsu yang digunakan oleh sindiket bagi mengutip derma yang kononnya disumbangkan untuk membina atau membaik pulih madrasah di Thailand.

KUALA LUMPUR 18 Julai – Antara taktik pengutip derma yang menggunakan nama madrasah khususnya dari selatan Thailand untuk mengelakkan rasa malu meraih simpati daripada orang ramai adalah dengan mengambil ubat ‘gila’.

Menurut sumber yang aktif menjejak golongan berkenaan, ubat yang diambil tersebut adalah ubat yang kebiasaanya diberikan kepada orang gila bagi menenangkan mereka.
Maklumat itu, katanya, diperoleh daripada pekerja-pekerja selatan Thailand sendiri yang bekerja di kedai-kedai tom yam di negara ini.

“Mereka sendiri (pekerja kedai tom yam) meminta supaya pengutip-pengutip derma ini ditangkap dan membuat ujian air kencing bagi mengesahkan perkara tersebut.
“Malah, saya sendiri pernah berpengalaman berdepan dengan pengutip-pengutip derma ini yang keadaannya dalam separuh sedar, seperti berada di bawah pengaruh dadah,” kata sumber itu.
Menurut sumber itu lagi, bagi mengaburi orang ramai, pengutip-pengutip derma berkenaan dibekalkan sindiket dengan dokumen-dokumen sokongan serta resit sumbangan.
Bagaimanapun apabila diteliti, semua dokumen tersebut jelas dipalsukan dan ada sebahagiannya, jika difikirkan secara logik, tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan meminta derma.
Antara dokumen yang sering dijaja mereka adalah surat sokongan daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

“Pernah saya menghubungi Perkim untuk mendapatkan pengesahan dan mereka memberitahu memang pernah mengeluarkan surat berkenaan, namun turut mendakwa ada menerima aduan bahawa surat mereka telah dipalsukan.

“Saya tak puas hati apabila mereka ini menggunakan nama Perkim, dan sekiranya Perkim tahu surat mereka telah dipalsukan, kenalah buat laporan kepada pihak berkuasa. Jangan dibiarkan pengutip-pengutip derma ini terus mengeksploitasi nama Perkim,” katanya.

Sumber itu berkata, bukan semua sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada madrasah atau pihak sepatutnya sebaliknya dibahagikan antara pengutip derma dan sindiket.
Sebagai contoh menerusi maklumat yang diperoleh daripada RM10 yang diterima, RM3 akan masuk ke poket pengutip derma, RM2 untuk pengangkutan dan penginapan manakala selebihnya diberikan kepada sindiket.

Sumber itu berkata lagi, kesemua pengutip derma tidak kira dari Thailand atau Pakistan, Afghanistan dan India, menggunakan modus operandi yang hampir serupa dalam mencari kawasan sasaran.
Mereka kebiasaannya akan berlegar di sekitar masjid pada setiap kali masuk waktu solat dan me­lanjutkan aktiviti ke premis-premis berdekatan selepas waktu solat.
Kutipan mereka akan lebih bertambah pada hari Jumaat ketika umat Islam berduyun-duyun ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Selain masjid, turut menjadi sasaran adalah bank, restoran dan stesen minyak.
Berbanding warga Thailand, pengutip derma dari Afghanistan dan India akan membacakan beberapa potongan ayat al-Quran bagi mempersonakan si penderma.

Sumber itu berkata, pernah di­ceritakan oleh seorang ustaz bahawa mereka ini hanya tahu beberapa patah perkataan bahasa Arab ke­rana apabila diajak berbual dalam bahasa tersebut, mereka mengaku tidak fasih.

Mereka juga lebih suka mendesak berbanding meminta secara baik dan akan meminta lebih sekiranya mendapati si penderma pemurah dan lembut hati.
Lebih menjengkelkan, katanya, kebanyakan pengutip derma ini tidak mempunyai adab sunnah yang sepatutnya ditonjolkan apatah lagi sebagai pihak yang mewa­kili madrasah atau masjid walaupun dari segi penampilan, berjubah dan berjanggut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana