MAna Nak Dapat Kerajaan Seperti Ini.....Nelayan darat dapat ‘duit raya’ RM1,200 seorang

BERA 11 Julai - Seramai 2,425 nelayan darat di seluruh negara bakal menerima ‘duit raya’ dengan pengagihan elaun sara hidup bernilai RM6.25 juta iaitu bayaran tunggakan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nelayan tersebut akan menerima sebanyak RM1,200 setiap seorang atau RM200 sebulan.
Beliau berkata, bayaran itu adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2015 bahawa nelayan darat sepenuh masa buat julung kalinya akan diberi elaun RM200 sebulan.

“Saya harap pengagihan tunggakan bayaran elaun ini dapat diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri,” katanya pada majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan darat dan bantuan bencana banjir penternak akuakultur di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana