Mana mau lari…polis akan siasat mereka yang jumpa Xavier Justo pasal 1MDB

Tunggu dan lihat…kisah pengakuan bekas pegawai PetroSaudi International, Xavier Andre Justo tentang pertemuan sulit dengan orang Malaysia di Singapura untuk beli dokumen berkaitan 1MDB semakin menarik.

Yang pasti mereka tidak boleh nak main sorok-sorok lagi. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar Jumaat sahkan polis sudah tahu siapa identiti mereka.

Katanya polis akan panggil mereka untuk siasatan.

Beliau memberitahu demikian kepada wartawan di majlis rumah terbuka di Bukit Aman.

Khalid berharap mereka beri kerjasama bila dipanggil kelak,jika tidak akan diburu dan ditahan.

Khamis jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol.Lt.Gen Prawuth Thavornsiri antara lain memberitahu wartawan di Bangkok bahawa ada seorang pemimpin pembangkang dan seorang pemilik media adakan pertemuan berasingan dengan Justo di sebuah hotel di Singapura.

Beliau bagaimanapun tidak mahu sebut nama mereka.

Justo ditahan di pulau peranginan Koh Samui pada 22 Jun lalu kerana kes ugut bekas majikannya Petro Saudi dan kini masih disiasat di Bangkok.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana