Kit Siang Cadang Musa Hitam Dilantik PM Sementara....Bangangnya Cadangan Lim Kit Siang Ni

KUALA LUMPUR 12 Julai - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencadangkan supaya Tun Musa Hitam dilantik menjadi Perdana Menteri sementara, menunggu siasatan dilakukan terhadap AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, sehingga kini Najib gagal menjawab beberapa persoalan mengenai dakwaan tersebut meskipun sudah seminggu isu berkenaan ditimbulkan oleh akhbar luar negara, The Wall Street Journal (WSJ), iaitu pada 3 Julai lalu.

"Saya menyeru Najib supaya menjawab soalan-soalan ini secara terbuka sebelum Hari Raya, paling lewat dalam perutusan Hari Raya beliau, supaya isu 1MDB tidak akan menjadi topik utama semasa musim cuti Hari Raya dan pada minggu-minggu menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-58 pada 31 Ogos dan ulang tahun ke-53 Hari Malaysia pada 16 Sep 2015," katanya dalam satu kenyataan dipetik dari Astro Awani.

Mengulas lanjut mengenai cadangan beliau itu tadi, Lim bagaimanapun berkata Musa perlu menjadi Ahli Parlimen terlebih dahulu kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan syarat bahawa seorang Perdana Menteri mestilah ahli Dewan Rakyat.

"Saya rasa Musa adalah calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri sementara jika suatu persetujuan dapat dicapai untuk beliau dipilih ke Parlimen menerusi sebuah pilihan raya kecil.

"Jika tidak, kita perlu melihat calon-calon lain seperti Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, dan veteran-veteran kanan UMNO atau individu lain dari Sabah atau Sarawak," katanya.

Katanya lagi, menteri-menteri lain dalam Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga harus direhatkan untuk mengelakkan berlakunya percanggahan kepentingan.

Jumaat lalu, Musa yang merupakan bekas timbalan perdana menteri memberi tiga pilihan kepada Najib untuk menangkis dakwaan terhadapnya mengenai pemindahan wang RM2.6 bilion yang didakwa dipindahkan ke akaun peribadinya.

Katanya, tiga pilihan yang disyorkan oleh Musa itu adalah kekal memegang jawatannya dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan, atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan sedang berlangsung.

Lim, dalam kenyataannya semalam telah bersetuju dengan gesaan Musa itu sambil mengatakan siasatan ini adalah satu ujian untuk semangat patriotik Najib sama ada beliau bersedia untuk menamatkan kelumpuhan kerajaan akibat 1MDB, dengan bercuti sementara siasatan sedang dijalankan.

Lim berkata beliau bersetuju sepenuhnya bahawa rakyat Malaysia harus berlaku adil kepada Najib di atas prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, namun tindakannya untuk terus berdiam diri atas dakwaan yang dibuat oleh WSJ, tidak konsisten dengan pengakuan tidak bersalahnya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana