Kisah video raya pelakon cantik kelahiran Singapura

Seorang lagi pelakon kelahiran Tampines, Singapura, Atikah Suhaime kian mendapat tempat di persada skrin drama TV tanah air dan juga layar perak.
Lakonan pelakon cantik ini mula dikesan dalam beberapa drama yang bersiaran  di TV1, TV9 dan TV3 sejak tahun lalu meskipun penampilan awalnya bermula di skrin TV Singapura menerusi drama Dewi Lasak, Dikir Puteri dan sebagainya.

Namun paling membuatkan Atikah atau nama sebenarnya Nurul Atikah Mohd Suhaime teruja khasnya pada Aidilfitri kali ini ialah apabila klip video lagu raya berjudul Kawan Lama Selamat Hari Raya muncul di skrin TV.

Inilah klip video pertama Atikah sebagai penyanyi latar yang turut menampilkan pelakon Qi Razali dan David Teo menyanyikan lagi penu ceria ini.

"Ia pada awalnya saya sekadar untuk mencuba sahaja tetapi kini saya bertambah yakin untuk melebarkan karier dalam bidang nyanyian pula selepas ini," kata pelakon berusia 24 tahun ini.

Anak kedua dari tiga beradik ini mendapat restu keluarga untuk berhijrah ke Malaysia dan menjadikan kerjaya lakonan sebagai meneruskan aktiviti seninya, bersyukur kerana kedua ibu bapanya memberi sokongan moral.

Namun sebelum itu Atikah meminta keluarganya di Singapura bersedia dengan gosip mengenai dirinya dan agar tidak menyangka yang buruk-buruk.

“Jika terdengar gosip yang buruk mengenai saya, harap keluarga bertenang dan anggap ia asam garam dunia selebriti.

“Saya mahu keluarga memahami risiko bergelar artis yang sering dilanda gosip dan kontroversi sebelum mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun pelakon filem Suamiku Jatuh Dari Langit terbitan MIG ini yang ditayangkan di pawagam pada hari raya ini, berkata sebagai seorang manusia biasa dia tidak dapat mengawal orang lain daripada terus bercakap mengenai dirinya.

"Lebih baik diam dan bagi saya gosip sebenarnya tidak menggangu saya perjalanan karier seni saya," kata graduan Diploma Komunikasi Media di Politeknik Singapura.

Selain drama, model ini pernah membintangi drama Rawan (TV9), Rubi (TV3), Bila Hati Berbicara TV3 serta telemovie Doa Ibu, Kampung Mangkuk Sengkuang dan filem Lagenda Budak Hostel, Longkai, Cari, Highlands Tower, Banglasia dan Gudang Kubur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana